Tempoh bekerja tidak harus dijadikan faktor penyumbang kekurangan tidur kerana mengikut peruntukan undang-undang, seseorang pekerja itu tidak boleh bekerja lebih 12 jam sehari, kata Pengarah Eksekutif Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan.
Menurut Shamsuddin, seseorang pekerja itu mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan aktiviti di luar selepas waktu bekerja sehingga mereka dapat pulang cepat dan mendapatkan tidur yang secukupnya.
Beliau berkata, kebanyakan syarikat sudah menyediakan tempat riadah di premis masing-masing dan pekerja digalakkan untuk melakukan aktiviti riadah di ruang tersebut.
"Memang syarikat sudah menyediakan tempat riadah di tempat kerja. Dan terpulang kepada pekerja untuk menggunakan tempat riadah itu sepenuhnya, sama ada untuk bersenam dan sebagainya.
"Kami menggalakkan pekerja untuk beriadah daripada tidur kerana tidur itu harus dilakukan di tempat yang lebih selesa seperti di rumah mereka.
"Dan mungkin mereka perlu kurangkan aktiviti di luar di mana mereka tidak akan balik ke rumah dengan cepat dan tidak dapat tidur dengan sempurna," katanya.
Katanya lagi, pekerja perlu diberikan penerangan mengenai tempoh tidur yang diperlukan supaya mereka berada dalam keadaan optimum untuk melaksanakan tugasan di tempat kerja.
Sementara itu, beliau juga menyarankan kerajaan supaya memberikan insentif kepada semua majikan kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk untuk menyediakan dan menyelenggara ruang beriadah tersebut.
"Kami boleh mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya perkara dapat diperhalusi dan bagaimana kerajaan harus membantu syarikat dan pekerja dalam menangani isu ini.
"Kami akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan mengenai cadangan pemberian insentif ini," katanya.
Pada Jumaat, Kajian Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2019 mendedahkan 53 peratus pekerja di negara ini tidak mendapat tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya selama tujuh jam setiap hari sekaligus menjejaskan produktiviti mereka di tempat kerja.
BACA: Semua majikan perlu wujudkan ruang rehat buat pekerja - Boon Chye
Oleh itu, kajian tersebut mencadangkan supaya majikan menyediakan ruang rehat di tempat kerja bagi kemudahan pekerja berehat.
Isabelle Leong
Sat Nov 16 2019
Kajian Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia yang dilakukan oleh AIA Vitality 2019 mendedahkan 53 peratus pekerja di negara ini tidak mendapat tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya selama tujuh jam setiap hari. - Gambar hiasan
Kes Wan Saiful: Wang berjumlah RM46,487.85 dimasukkan ke akaun bank sebuah syarikat
Wan Saiful didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM46,487.85 ke akaun Hong Leong Bank milik Good Square Sdn Bhd.
Pantau Agenda Reformasi: Tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam
Bersama Muhammad Sha’ani Abdullah, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia membincangkan tentang tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.
Hamas hargai negara Asia Tenggara sokong pembebasan Palestin
Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
FAMA tingkat pembelian kelapa tua dari Indonesia
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Setiausaha Agung ASEAN sertai permukiman menteri luar di Langkawi
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai Delegasi Sekretariat ASEAN ke Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (Permukiman AMM), pertama bagi 2025 yang akan diadakan pada 18 hingga 19 Jan di Langkawi, Malaysia.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
IJN tonjol kepakaran 'depan' komuniti perubatan global
Pusat Jantung Pediatrik dan Kongenital di Institut Jantung Negara (IJN) terpilih sebagai lokasi siaran langsung untuk Mesyuarat Intervensi A to Z Vietnam, satu daripada perhimpunan kardiologi intervensi kongenital terbesar di ASEAN.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Aib PDRM di TikTok, pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000
Seorang pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas mengaku bersalah mengaibkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aplikasi TikTok, tahun lepas.
MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
Kementerian Pertahanan (Mindef) memfokuskan tiga perkara untuk diberikan perhatian dalam usaha menjayakan Kepengerusian ASEAN yang akan berlangsung di Malaysia pada tahun ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mindef perlu memastikan sepanjang tempoh kepengerusian ASEAN, tidak berlaku sebarang peningkatan ketegangan atau pergeseran yang berpotensi membawa kepada konflik serantau.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mindef perlu memastikan sepanjang tempoh kepengerusian ASEAN, tidak berlaku sebarang peningkatan ketegangan atau pergeseran yang berpotensi membawa kepada konflik serantau.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Pekerja tidak cukup tidur: Tempoh bekerja bukan punca tetapi... - MEF
MEF berkata pekerja mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan aktiviti di luar selepas waktu bekerja sehingga mereka tidak dapat pulang cepat dan mendapat tidur yang secukupnya.