SEREMBAN: Sebuah pelabuhan kontena pintar bercirikan kecerdasan buatan (AI) yang pertama seumpamanya Malaysia, akan dibina di Port Dickson dengan kos dianggarkan RM2 bilion.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata usaha terbabit akan turut memberi impak kepada ekonomi Malaysia dan negeri itu, terutama dijangka mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan baharu dalam pelbagai bidang.
Beliau berkata kos pembinaan itu ditanggung sepenuhnya oleh Midports Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik Tanco Holdings Berhad dan merupakan rakan kerjasama Menteri Besar Negeri Sembilan-Pemerbadanan (MBINS) bagi projek tersebut.
Pelabuhan itu terletak di Pasir Panjang, Port Dickson dan mempunyai jeti sepanjang 1.8 kilometer serta terminal dan kawasan pengoperasian kontena seluas kira-kira 80.93 hektar (200 ekar) yang dilengkapi kemudahan mengangkat iaitu kren gantry yang beroperasi secara automatik.
"Kapasiti pelabuhan ini adalah untuk menerima kapal kontena daripada generasi pertama sehingga kepada 'ultra max'. Ini merupakan pelabuhan sederhana kerana dari segi kapasiti tidak dapat bersaing dengan Pelabuhan Klang.
"Kawasan persisiran pantai tersebut mempunyai bentuk muka bumi semula jadi bersesuaian bagi pembinaan pelabuhan dengan kedalaman sehingga 20 meter dan jarak lebih kurang 1.85 kilometer dari pesisiran pantai," katanya.
Beliau berucap pada majlis pemeteraian perjanjian usaha sama antara MBINS dan Midports Holdings Sdn Bhd bagi pembangunan pelabuhan itu di sini, pada Isnin.
Hadir sama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Pengarah Urusan Midports Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Andrew Tan serta Pengarah Eksekutif Midsports Holding Sdn Bhd Datuk Andy Chuah.
Aminuddin berkata kawasan pembinaan pelabuhan tersebut telah diwartakan sebagai Had Pelabuhan oleh kerajaan Persekutuan sejak 22 Ogos, 2017.
Beliau berkata pembinaan pelabuhan itu dapat merancakkan industri perkhidmatan logistik dan pengangkutan marin negara berikutan kedudukan strategik berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan jaringan jalan raya dan lebuh raya menghubungkan kawasan perindustrian sekitar Senawang, Nilai, Sepang (Selangor) dan Melaka.
"Port Dickson bukan hanya dikenali sebagai Bandar Tentera Darat sahaja, tetapi akan dikenali sebagai Bandar Pelabuhan Baharu dengan jaringan pengangkutan laut domestik dan antarabangsa," katanya.
Pada masa sama, katanya, urusan dagangan secara terus dengan Sumatera, Indonesia melalui Dumai juga boleh dilaksanakan dengan lebih cepat dari segi jarak dan masa.
Menyentuh penggunaan AI, Aminuddin berkata teknologi itu semestinya memberi impak optimum dalam keseluruhan rantaian perkhidmatan marin dan kargo seperti pendaftaran masuk dan keluar kapal, penjadualan pergerakan kapal serta pengesanan operasi marin di sekitar pelabuhan.
"Menerusi teknologi AI ini, segala operasi pelabuhan tidak lagi dilakukan secara manual dan akan meningkatkan kecekapan serta mengurangkan kesilapan manusia selain kadar kemalangan ketika operasi," katanya.
Sistem itu juga, katanya, akan menganalisis data trafik, permintaan dan trend terkini untuk membantu melaksanakan keputusan strategik pada satu-satu masa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024

Aminuddin berkata kawasan pembinaan pelabuhan tersebut telah diwartakan sebagai Had Pelabuhan oleh kerajaan Persekutuan sejak 22 Ogos, 2017. - Foto BERNAMA
10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.
Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.
Rakam keterangan Ismail Sabri ditangguh lagi, dijadualkan 13 Mac ini
Proses rakaman kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan esok di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ditangguh ke 13 Mac ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Wanita tidak celik hal kewangan?
Realitinya, adakah benar wanita khususnya golongan B40 berdepan masalah kurangnya pengetahuan tentang hak kewangan di bawah undang-undang Syariah Malaysia?
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?

Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan'.

Paetongtarn, Anwar bincang mitigasi banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan
Paetongtarn dan Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan mengenai tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan pada Khamis.

Imigresen serbu pusat hiburan, tahan 80 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 80 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan, Selangor malam tadi.

Bunuh: Penganggur minta hukuman mati dikekalkan jika rayuan ditolak
Panel tiga hakim turut menjatuhkan hukuman sebatan 12 rotan ke atas tertuduh.

Warga AS didenda RM6,500 miliki sebutir peluru di KLIA
Peguam merayu hukuman ringan kerana peluru itu milik abang tertuduh dan tertuduh dalam perjalanan ke Myanmar untuk perkahwinan.

Polis tumpaskan dua sindiket pengedaran, rampas dadah bernilai RM6.3 juta
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM6.3 juta menerusi serbuan di Kuala Selangor dan KLIA pada 28 Feb hingga 2 Mac lepas.

Kes buat kecoh di KLIA Terminal 2: Pasangan warga China didenda RM5,000 seorang
Satu pasangan warga China dijatuhi hukuman denda masing-masing RM5,000 setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Pasangan warga China didakwa berhubung kekecohan di KLIA Terminal 2
Pasangan warga China didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kejadian kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 9 Feb lepas.

Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat

Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA
Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.

Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.