KUALA LUMPUR: Pelaburan dalam sektor kandungan digital di Malaysia berkembang dan meningkat hampir dua kali ganda kepada RM1.6 bilion pada 2023 berbanding RM550 juta pada 2022 melalui inisiatif Malaysia Digital oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata lebih 1,900 pekerjaan berpendapatan tinggi telah dapat diwujudkan dalam sektor ini pada tahun yang sama.
"Sejak beberapa tahun lepas, Malaysia telah berjaya menarik pelaburan daripada beberapa studio berskala besar seperti Electronic Arts/Codemasters (2011), Streamline Studios (2015), Bandai Namco (2017), Playstation Studios (2019), Larian Studios (2019) dan Virtuous (2022)," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan langkah bagi menyokong pembangun permainan sedia ada di Malaysia terutama pembangunan permainan indie dan rancangan kementerian untuk memupuk lebih ramai pembangun permainan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Mengulas lanjut, Gobind berkata eksport industri kreatif digital Malaysia merekodkan RM1 bilion merentas 120 pasaran pada 2022, dengan sektor berkenaan berkembang pada kadar lapan peratus setiap tahun.
"Pada masa ini, Malaysia mempunyai lebih 300 studio yang terlibat dalam animasi, permainan dan teknologi kreatif, dengan 20 studio baharu ditubuhkan setiap tahun serta lebih 180 harta intelek asal Malaysia," katanya.
Saiz pasaran global bagi industri permainan digital adalah US$455 bilion pada Jun 2024, dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun sebanyak 11.4 peratus bagi tempoh 2019 hingga 2024, katanya.
Menurut Gobind syarikat tempatan Kurechii Sdn Bhd yang membangunkan permainan digital "Tiny Guardians" telah menembusi pasaran antarabangsa dan memenangi anugerah Indie Prize Awards - The Best in Show by Audience Votes dan Casual Connect 2015.
Selain itu, beliau berkata syarikat tempatan 7th Beat Game Sdn Bhd yang menghasilkan permainan digital "Rhythm Doctor" turut menembusi pasaran antarabangsa dan mendapat perjanjian penerbitan dengan syarikat dari China, Indienova untuk dipasarkan di China.
"Malaysia mempunyai 20.1 juta pemain (gamer) pada 2020, dengan majoriti iaitu 75 peratus daripadanya bermain permainan mudah alih dan 66 peratus menggunakan komputer peribadi sebagai platform permainan digital," katanya.
Beliau berkata antara langkah yang diambil kementerian itu untuk menyokong pembangun permainan negara adalah pelaksanaan Program Cabaran Pencipta Kandungan Digital dengan membantu sebanyak 135 syarikat pemula/ indie permainan digital; dan menyediakan Geran Kandungan Digital (DCG).
"Bagi memupuk lebih ramai pembangun permainan dalam kalangan rakyat Malaysia, MDEC juga telah merancang untuk melaksanakan Program Inkubasi Pencipta Digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Gobind berkata lebih 1,900 pekerjaan berpendapatan tinggi telah dapat diwujudkan dalam sektor ini pada tahun yang sama. -Gambar fail/Bernama
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Kementerian Digital akan perkenal sistem perisikan pantau aktiviti jual data peribadi
Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan yang pertama seumpamanya di negara ini untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman sesawang gelap.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan
Ia antara lain bagi mengatasi jurang penggunaan digital dalam kalangan PKS dan memastikan peranan mereka kekal relevan.

Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.