Seorang penuntut sebuah institusi kemahiran di sini antara yang ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi di Plaza Tol Jitra (arah Selatan) dekat Jitra malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata, pelajar berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam selepas motosikal yang ditungganginya itu tidak mempunyai rekod pemilikan (rekod tidak wujud) sebelum ia disita untuk pemeriksaan.
"Pelajar itu juga cuba melarikan diri sebaik melalui lorong motosikal di plaza tol tersebut untuk pulang ke rumahnya dan apabila diminta kad pengenalan dan lesen memandu dia juga gagal mengemukakannya.
"Buat masa ini, motosikal yang katanya dipinjam daripada bapa saudaranya itu kita sita dan pelajar itu kita lepaskan selepas ujian air kencing mendapati dia bebas daripada pengambilan dadah," katanya di sini, hari ini.
Dalam operasi tersebut, seramai 23 pemandu dan penumpang kenderaan turut diarahkan menjalani ujian saringan air kencing dan seramai enam lelaki tempatan berumur 19 hingga 40 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu.
Mereka kemudian ditahan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 dan dibawa ke pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut.
Katanya, sebanyak 56 saman dikeluarkan terhadap pesalah trafik kerana tiada lesen memandu, tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh dan mengubah suai kenderaan.
Selain itu, sebanyak 28 pemandu kenderaan termasuk lori, bas ekspres dan teksi diperiksa dan ada yang diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Utara.
Kesalahan yang dilakukan ialah memandu bas tanpa pemandu kedua, tiada tiket bercetak komputer, tiada pemandu pelancong untuk bas persiaran dan gagal mengemukakan permit kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 08 2018

Sebanyak 56 saman dikeluarkan terhadap pesalah trafik kerana tiada lesen memandu, tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh dan mengubah suai kenderaan. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.

169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.

Lelaki bagi alasan memancing antara 25 individu ditahan AADK Johor
Kerajaan negeri memandang serius isu penyalahgunaan dadah dan tidak akan berkompromi menerusi penguatkuasaan yang dijalankan oleh AADK negeri.

21 klien AADK lulus SPM
Kesemua klien yang lulus SPM 2022 berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi seperti di IKM, ILP, IKBN, GiatMara dan politeknik.

Trend dadah sintetik semakin mencabar - AADK
Jika penularan penyalahgunaan dadah sintetik tidak segera dibendung, bimbang ia akan merosakkan keharmonian Keluarga Malaysia.

Pengorbanan masa dan keringat skuad antidadah AADK bantu mangsa banjir
Susulan kejadian banjir kilat di beberapa negeri termasuk Selangor sejak Jumaat lalu, AADK menerusi Skuad Antidadah turun padang melaksanakan misi bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir.

Ibu sebak lihat anak, menantu ditahan ketika leka ambil dadah
Serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam ketika kesemua mereka sedang leka menghisap dadah.

Dua beradik, ipar ditahan AADK ketika leka hisap dadah dalam rumah
Semasa serbuan, ibu suspek yang menghidap kencing manis kronik sebak ketika pasukan AADK Daerah Cheras menahan dua orang anaknya dan menantu.

AADK Kelantan akan laksana program ujian saringan air kencing di sekolah
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar sekolah menengah.

Ibu kepada bayi kembar berusia tujuh bulan ditahan kerana positif dadah
Ibu kepada sepasang anak kembar berusia tujuh bulan ditahan dalam serbuan dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan di Sungai Petani semalam.