TANJUNG MALIM: Golongan pelajar boleh menjadi kritis dan kritikal dengan menyuarakan pandangan serta pendapat kepada kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob bagaimanapun berkata, ia mestilah berlandaskan kepada fakta dan bukti, bukannya mengikut emosi.
Menurutnya, ketika pertemuan dengan pemimpin pelajar, antara soalan yang ditanya ialah boleh pelajar bersifat kritis dan kritikal terhadap kerajaan.
“Saya kata boleh, luahkan perasaan dan pandangan anak-anak sekelian terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan, saya kata tidak salah kerana pelajar adalah ideal pemikirannya, perjuangan pejuang-pejuang pelajar begitu ideal dari segi perjuangannya.
“Cuma saya kata, yang pentingnya ialah perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakan kita dan setiap apa yang dikeluarkan oleh pelajar mesti mempunyai fakta dan bukti,” katanya.
Beliau berucap ketika melancarkan Keluarga Malaysia @ IPT di Dewan Canselor UPSI, Proton City, Tanjung Malim pada pagi Rabu.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan hari ini mengiktiraf peranan anak muda dan ini di buktikan apabila meluluskan Undi18 secara automatik yang berkuatkuasa 1 Januari 2022.
Katanya, kerajaan benarkan golongan muda untuk menetukan dan memilih siapa yang bakal menjadi pemimpin negara walaupun ramai yang tidak yakin dan skeptical terhadap keputusan kerajaan itu.
Tetapi, katanya, kerajaan yakin dengan kemampuan anak muda dan mahu mereka menentukan siapa yang berhak jadi pemimpin.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Dec 08 2021

Ismail Sabri berkata setiap perkara yang dikatakan mestilah mempunyai fakta dan tidak secara emosi. - Foto BERNAMA

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

8,909 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Secara keseluruhan, sejumlah 93,635 permohonan ke tingkatan 1 dan 4 diterima bagi sesi 2025.

Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.

KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.

Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia
Kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar universiti awam dan swasta di seluruh negara.

KPT sasar 300,000 pelajar politeknik menjelang 2030
Politeknik penting kerana ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

2.3 juta murid, pelajar lepasan menengah sudah tebus Baucar Buku MADANI
Sejumlah 2.3 juta murid dan pelajar lepasan menengah telah membuat penebusan Baucar Buku MADANI bernilai RM190 juta setakat 8 Nov lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir
Kejadian menimpa pelajar itu terbongkar selepas pasukan polis berjaya menemui mangsa hasil aduan dibuat oleh ibunya.

KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.

Parlimen: RM290 juta diperuntuk bagi Program Baucer Buku MADANI
Sebanyak RM290 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Baucar Buku MADANI yang dijangka memanfaatkan lebih 3.5 juta pelajar.