Seorang pelajar cemerlang sebuah sekolah berasrama di sini menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Pekan Kuala Selangor pagi tadi.
Kehilangan Ahmad Fitri Mohammad Shaffie, 15, disedari ibunya, Mardiana Ismail, 58, ketika ingin menunaikan solat Subuh kira-kira jam 6.30 pagi.
Mardiana berkata, kali terakhir dia melihat Ahmad Fitri kira-kira jam 2 pagi tadi ketika anak bongsu daripada lima beradik itu sedang menjamah makanan.
"Bagaimanapun, selepas saya terjaga daripada tidur untuk bersiap-siap menghantarnya ke sekolah, saya tak nampak kelibat Ahmad tidur di ruang tamu rumah," katanya.
Mardiana memberitahu, dia kemudiannya mencari Ahmad Fitri sekitar rumah sebelum menemui nota tulisan tangan anaknya itu atas meja solek.
"Dalam nota itu, dia meminta saya sekeluarga tidak mencarinya kerana sebaik saya membaca tulisan ini dia (Ahmad) dah tak ada di dunia ini," katanya.
Katanya, dia dan suaminya, Mohammad Shaffie Hasan, 58, membawa Ahmad Fitri pulang ke rumah selepas menandatangani laporan prestasi di sekolah anaknya, Jumaat lalu.
"Sepatutnya saya menghantarnya ke asrama kelmarin (Ahad), tapi dia beri pelbagai alasan hingga menghilangkan diri," katanya.
Menurutnya, anaknya itu dipercayai menghilangkan diri sehelai sepinggang dan tidak membawa telefon bimbit.
"Saya berusaha mencarinya di sekitar Klang selepas pemandu bas memaklumkan ternampak remaja mirip anak saya menaiki bas menuju ke sana," katanya.
Sehubungan itu Mardiana membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 8.30 pagi tadi.
Orang ramai yang melihat Ahmad Fitri atau mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Mardiana di talian 019-3811743 atau 013-2828390.
Sinar Harian
Tue Jul 02 2019
![Pelajar cemerlang lari dari rumah Pelajar cemerlang lari dari rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562058411_TBSAVENAMELARIR.jpg)
Orang ramai yang melihat Ahmad Fitri atau mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Mardiana di talian 019-3811743 atau 013-2828390. - Foto Sinar Harian
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
![Polis minta bantuan kesan Poovenessvari Polis minta bantuan kesan Poovenessvari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738722458_tbremajaperempuan.jpg)
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
![Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735655349_lemas.jpg)
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
![Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Karak Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Karak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737382157_remajahilang.jpg)
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Karak
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pagi tadi.
![Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736889976_oranghilangwarga.jpg)
Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur.
![Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727017158_PolisLogoPolisP.jpg)
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
![Polis Kuantan minta bantuan orang ramai kesan Safri Polis Kuantan minta bantuan orang ramai kesan Safri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734699011_oranghilang.jpg)
Polis Kuantan minta bantuan orang ramai kesan Safri
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 Dis lepas.
![Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734350526_TBREMAJAHILANG.jpg)
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Sri Inderapura, semalam.
![S. Thilagawathy selamat, keluar rumah dengan rela hati - Polis S. Thilagawathy selamat, keluar rumah dengan rela hati - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730006657_PDRM.jpg)
S. Thilagawathy selamat, keluar rumah dengan rela hati - Polis
S. Thilagawathy, 41, yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pada 30 Nov lepas, kini berada dalam keadaan selamat.
![Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732188657_RemajaOKUHilang.jpg)
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
![Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730857621_floods.jpg)
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.