KUALA LUMPUR: Pelajar sebuah sekolah menengah pada Jumaat hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes fitnah terhadap seorang guru dan Institusi Perguruan di Malaysia.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa'aton Abu Bakar berkata pelajar berkenaan hadir kira-kira 5.30 petang bersama bapanya, dan memberi keterangan kira-kira sejam.
Beliau berkata siasatan itu dibuat susulan laporan yang diterima pihaknya pada 5 Mei lepas daripada seorang guru lelaki ekoran dakwaan kenyataan berbaur fitnah serta mengaibkan dirinya sebagai seorang guru serta Institusi Perguruan di Malaysia.
"Ia didakwa berlaku semasa wawancara di media sosial Utusan Online pada 30 April berkenaan isu guru Pendidikan Jasmani yang menyebut tentang elemen rogol, semasa proses pembelajaran di dalam kelas," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
BACA: Gurauan keterlaluan: Pelajar dan bapa dipanggil beri keterangan
BACA: Ain Husniza terima notis tuntutan 'fitnah' RM1 juta
Beliau berkata pelajar perempuan itu dipanggil untuk tujuan rakaman percakapan bagi membantu proses siasatan berkenaan aduan terhadap laporan polis yang dibuat oleh pihak pengadu, dan kedua-dua individu hadir dengan ditemani peguam Datuk Sankara Nair dan Elyse Ng Zi Qian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 07 2021

Pelajar perempuan itu dipanggil polis untuk tujuan rakaman percakapan bagi membantu siasatan berkenaan aduan terhadap laporan yang dibuat oleh pengadu.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Mengamuk isteri dirempuh: Polis minta individu dalam video tular tampil
Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut.

Lelaki maut ditembak semasa memandu di Sungai Buloh
Seorang lelaki tempatan maut ditembak ketika memandu kereta mewah Range Rover dalam kejadian di Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini, hari ini.

Pelajar hadir beri keterangan di IPD Sungai Buloh
Pelajar berkenaan hadir kira-kira 5.30 petang bersama bapanya, dan memberi keterangan kira-kira sejam.

Polis siasat kes guru disyaki galak perbuatan rogol
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata laporan berkenaan diterima kira-kira jam 10.08 malam pada Sabtu.

Suami isteri ditahan tipu pakej penginapan hotel
Mangsa menyedari ditipu selepas membuat semakan di hotel terbabit dan tiada tempahan penginapan dibuat oleh syarikat suspek.

Lelaki serang bekas isteri dan mentua dibebaskan - Polis
Suspek berusia 34 tahun itu, dibebaskan pada Isnin lepas atas faktor kesihatan selepas mengemukakan surat rujukan perubatan.