KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di Jepun pada Isnin menyambut satu Syawal di perantauan secara sederhana, berikutan sibuk dengan urusan kuliah masing-masing.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Nagaoka University Of Technology, Muhammad Khair Nadil Khairudin, 23, berkata mereka sempat menunaikan solat sunat Aidilfitri di surau universiti itu, yang turut disertai kira-kira 40 orang komuniti Muslim lain.
"Selepas solat sunat hari raya bersama komuniti Islam di sini, saya dan rakan-rakan bergegas ke kelas kerana kami ada kuliah pagi.
"Surau universiti ini bukan sahaja digunakan pelajar Muslim di sini, tetapi juga komuniti Islam berdekatan," katanya kepada Bernama.
Menurutnya komuniti Muslim tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang, dan berasal dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Senegal, Bangladesh dan Pakistan, selain dari Jepun sendiri.
Mengenai sambutan Aidilfitri, Muhammad Khair Nadil berkata beliau dan rakan-rakan Muslim yang lain tidak sempat melakukan sebarang persediaan seperti memasak juadah hari raya, kerana tidak menyangka Syawal di sambut hari ini, ditambah pula dengan komitmen lain sebagai pelajar.
Katanya Jepun juga sepatutnya menyambut hari raya pada Selasa, tetapi disebabkan negara Islam terdekat iaitu Malaysia menyambutnya pada Isnin, maka masyarakat Islam Jepun turut meraikannya pada Isnin.
"Kami sebenarnya sudah merancang untuk mengadakan jamuan pada hari raya pertama yang disangka Selasa, tetapi disebabkan satu Syawal jatuh pada hari Isnin, tidak sempat membuat apa-apa persediaan seperti memasak jamuan hari raya," katanya.
Muhammad Khair Nadil, yang sudah dua tahun menyambut Aidilfitri di bumi matahari terbit itu berkata dia sangat merindui suasana hari raya di Malaysia. kerana sambutannya lebih meriah.
"Suasana hari raya di Jepun dan Malaysia sangat berbeza. Saya rindu suasana hari raya di Malaysia, terutamanya pada makanan seperti rendang, ketupat dan lemang. Saya juga rindu untuk beraya bersama keluarga," katanya dengan suara sayu.
Seorang lagi pelajar Malaysia di Jepun Nuraiman Mustaqim Nurnasran, 22, berkata beraya di perantauan agak membosankan dan tidak semeriah di Malaysia selain terpaksa berjauhan daripada keluarga.
"Kalau di Malaysia ada rendang, ketupat, lemang dan kuih-muih. Juadah hari raya inilah yang paling saya rindu selain untuk bersama keluarga," katanya yang baru pertama kali beraya di Jepun.
Bagaimanapun, Nuraiman Mustaqim mengakui beraya di perantauan dan berjauhan daripada keluarga. mengajarnya untuk lebih tabah menghadapi cabaran serta hidup berdikari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 02 2022

Jepun sepatutnya menyambut hari raya pada Selasa, tetapi disebabkan negara Islam terdekat iaitu Malaysia menyambutnya pada Isnin, maka masyarakat Islam Jepun turut meraikannya pada Isnin. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.

Penggusti Malaysia korban sambutan Syawal demi impian di Australia
Emman Azman berkata, ia merupakan sesuatu perkara perlu dibiasakan sejak berkelana di negara tersebut empat tahun lalu.

Agong berkenan berangkat ke majlis raya Pemangku Raja Pahang
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pemangku Raja Pahang.

Isteri banduan tidak sangka dapat beraya bersama suami
Seorang isteri banduan tidak menyangka berpeluang menyambut Aidilfitri bersama suaminya selepas dilepaskan secara bersyarat menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) di sini hari ini.

Anak yatim piatu peluk batu nisan lepas rindu ahli keluarga maut nahas
Seorang anak yatim piatu hanya mampu memeluk batu nisan sambil memanggil-manggil adiknya di tanah perkuburan bagi melepaskan kerinduan terhadap tiga ahli keluarga yang terkorban dalam kemalangan.

Murid Tahun 4 sempat hadir sambutan Aidilfitri di sekolah sebelum maut digilis lori
Seorang murid perempuan Tahun Empat maut digilis lori selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam pada Khamis.

Sambutan Aidilfitri: Aliran trafik mulai tinggi di lebuh raya utama
Aliran trafik di hampir semua lebuh raya utama mulai tinggi susulan orang ramai meraikan sambutan Aidilfitri dan pulang ke ibu kota.

Pelajar Malaysia di Jepun sambut Aidilfitri secara sederhana
Pelajar Malaysia di Jepun menyambut satu Syawal di perantauan secara sederhana, berikutan sibuk dengan urusan kuliah masing-masing.

Raya 'mengejut', tetapi masih disambut meriah
Pengumuman sambutan Aidilfitri pada Isnin, ternyata mengejutkan banyak pihak disebabkan ramai tidak menjangkakan situasi tersebut.

COVID-19: Dua kluster baharu berkaitan sambutan Aidilfitri dikesan di Sabah
Empat kluster baharu COVID-19 dikesan di Sabah hari ini dengan dua daripadanya berkaitan sambutan Aidilfitri baru-baru ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.