JOHOR BAHRU: Pelajar Tingkatan Tiga yang menjadi mangsa buli sekumpulan remaja di kawasan rekreasi Taman Bestara Indah, dilaporkan masih trauma dengan kejadian itu.
Ali Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse yang melawat mangsa di kediaman keluarganya melihat sendiri trauma yang dialami remaja itu.
Beliau seterusnya menasihatkan pelajar berkenaan supaya menjalani ujian sinar-X di Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mengenal pasti sama ada dia mengalami kecederaan dalaman.
"Pagi tadi saya melawat mangsa buli dipukul sekumpulan pelajar di kawasan Taman Permainan di Taman Bestari Indah yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
"Saya nyatakan rasa simpati atas ujian yang menimpa ke atasnya dan turut menyerahkan sumbangan kepada ibu bapanya sebagai tanda prihatin," katanya dalam muat naik di Facebooknya pada Rabu.
Wee Tse berkata, tiada kompromi terhadap perbuatan buli dan gangsterisme, sekali gus tindakan tegas wajar diambil ke atas mereka yang terbabit.
Katanya, dalam masa terdekat, pihaknya bersama pihak sekolah akan menjalin kerjasama dengan polis bagi menganjurkan program kempen kesedaran dan sesi kaunseling sebagai salah satu usaha membendung gejala buli.
Sementara itu, seorang kenalan keluarga pelajar itu berkata, mangsa adalah bekas pesakit kanser limfoma yang baru saja disahkan bebas daripada penyakit itu.
"Sebagai ibu bapa, kami berharap kejadian seumpama ini dipandang serius dan diambil tindakan supaya ia menjadi pengajaran," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, pada 9 Ogos lalu, remaja lelaki berkenaan dipukul sekumpulan pelajar sekolah di taman tersebut sehingga mengakibatkan kecederaan.
Remaja lelaki berkenaan ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian depan dan belakang badan selain di bahagian perut, paha serta lengan kiri dan kanan.
Kejadian itu yang tular dalam media sosial dilaporkan kepada pihak polis pada jam 4.09 petang Isnin daripada mangsa yang berusia 15 tahun.
Susulan itu polis menahan semua suspek selepas melakukan enam serbuan di sekitar daerah ini bermula dari jam 5.30 petang sehingga 9.34 malam Isnin.
Motif kejadian tersebut berpunca daripada seorang suspek yang tidak berpuas hati mangsa berkawan dengan teman wanitanya.
Kesemua suspek kini direman selama dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 16 2023

Jimmy Puah Wee Tse melawat mangsa di kediaman keluarganya. - Gambar/ Sinar Harian
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Patut pemandu Honda kuning lari, rupanya pengedar dadah
Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).