SEREMBAN: Seorang pelajar maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah motosikal lain di KM7, Jalan Bahau-Batu Kikir, Jempol dekat sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian kira-kira 7.40 pagi itu, pembonceng Muhammad Rizal Hakimi Yusrizalhanasri, 17, beralamat di Kampung Jambu Lapan, Bahau maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika rakan mangsa yang menunggang motosikal melanggar bahagian belakang sebuah motosikal lain jenis Honda EX5 yang ditunggang lelaki berusia 44 tahun.
Hoo berkata lelaki itu dalam perjalanan dari rumahnya di Serting Ilir menuju ke kedai.
"Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu kemudian merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan Muhammad Rizal Hakimi tercampak ke bahu jalan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala rakannya patah kaki kanan serta luka di muka.
"Penunggang Honda EX5 itu pula mengalami patah kaki kiri.
"Difahamkan kedua-dua pelajar berkenaan sedang dalam perjalanan ke program Skuad Anti Dadah di Telok Kemang, Port Dickson," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hoo berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Gambar Bernama

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Kerajaan lulus RM100 juta peruntukan tambahan penyenggaraan Jalan Persekutuan
Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan penyenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh Semenanjung berjumlah RM100 juta bulan ini, untuk memperkasakan Kontraktor Bumiputera G1-G4.

Brek rosak, bas bawa 20 penumpang langgar penghadang jalan
Siasatan awal mendapati bas yang dipandu lelaki itu dari Genting Highlands menghala ke arah Kuala Lumpur.

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Jangan alih penghadang jalan laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis - Polis
Mengulas lanjut Sik berkata setakat ini sebanyak lima kes kemalangan direkodkan di laluan alternatif berkenaan dan tidak melibatkan kemalangan maut.

Warga Singapura maut, SAV terbabas langgar lopak air
Mangsa yang merupakan penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian.

PKPD: Penduduk alih penghadang jalan laluan alternatif
Baru memasuki hari ketiga PKPD melibatkan 21 mukim di Kuala Terengganu, sudah ada individu yang bertindak mengalihkan konkrit dan penghadang jalan yang dipasang di laluan alternatif.

Pemandu jengkaut ditahan kerana alihkan penghadang konkrit
Lelaki berusia dalam lingkungan 40 tahun itu, yang juga pemandu jengkaut, ditahan di tapak binaan Taman Saga, Alor Mengkudu.

PKP: Marah 'laluan tikus' ditutup, penduduk bakar penghadang jalan, kawat duri
Gara-gara marah kesemua laluan tikus ditutup, segelintir penduduk bertindak liar dengan membakar penghadang dan kawat duri didirikan polis.

Pemandu Toyota Hilux ditahan bantu siasatan kemalangan maut penghantar makanan
Mangsa, Wong Lai Yie, 30, maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

Wanita maut kereta terbabas langgar besi penghadang jalan
Kemalangan berlaku di Kilometer 392.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Ajil-Bukit Besi kira-kira jam 4.15 petang.