KUANTAN: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semambu dekat sini, maut manakala lapan lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Dato Mahmud di sini pada awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kemalangan kira-kira jam 1.45 pagi itu membabitkan MPV jenis Toyota Avanza dan Perodua Alza.
Menurutnya, mangsa, M Haymond Raj,17, yang merupakan penumpang Toyota Avanza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku selepas Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun dari arah Teluk Chempedak menghala Bandar Kuantan hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum bertembung dengan Perodua Alza dari arah bertentangan.
"Pelanggaran itu menyebabkan Toyota Avanza terbabas ke bahu jalan dan seorang penumpang belakang disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Wan Mohd Zahari berkata, empat lagi penumpang Toyota Avanza berusia 17 hingga 20 tahun dan pemandu mengalami kecederaan.
"Pemandu Alza yang juga seorang lelaki berusia 19 tahun tidak mengalami kecederaan manakala tiga penumpangnya cedera.
"Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Afzan (HTAA) Kuantan untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Tambah beliau, hasil semakan mendapati pemandu Toyota Avanza memiliki satu saman di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Katanya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 16 2023
![Pelajar maut, lapan lagi cedera dua MPV bertembung Pelajar maut, lapan lagi cedera dua MPV bertembung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702712736_kemalangan.jpg)
Keadaan Toyota Avanza yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Dato Mahmud pada awal pagi Sabtu. - Foto PDRM
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 8 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Pelajar maut selepas didenda 'squat jump' 100 kali Pelajar maut selepas didenda 'squat jump' 100 kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733529198_TBmaut.jpg)
Pelajar maut selepas didenda 'squat jump' 100 kali
Suspek bakal dikenakan hukuman penjara maksimun 15 tahun penjara.
![Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711177159_GARISANPOLIS.jpg)
Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang
Kematian pelajar Tingkatan Dua itu tiada kaitan unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
![Penuntut perempuan Kolej Komuniti Arau maut kereta langgar pokok Penuntut perempuan Kolej Komuniti Arau maut kereta langgar pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723967894_TBALANGGARPOKOK.jpg)
Penuntut perempuan Kolej Komuniti Arau maut kereta langgar pokok
Seorang penuntut Kolej Komuniti Arau maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok jati di Jalan Kuala Perlis-Changlun dekat Arau, pagi tadi.
![22 maut bangunan sekolah runtuh ketika murid sedang belajar 22 maut bangunan sekolah runtuh ketika murid sedang belajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720841667_Bangunansekolahrun.jpg)
22 maut bangunan sekolah runtuh ketika murid sedang belajar
Sekurang-kurangnya 22 orang maut selepas sebuah bangunan sekolah runtuh ketika sesi pembelajaran di tengah Nigeria, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.
![Bihun, telur goreng tercemar ragut nyawa pelajar tingkatan 5, kanak-kanak 2 tahun Bihun, telur goreng tercemar ragut nyawa pelajar tingkatan 5, kanak-kanak 2 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718081636_NoorArrifinMohamad.jpg)
Bihun, telur goreng tercemar ragut nyawa pelajar tingkatan 5, kanak-kanak 2 tahun
Kedua-dua mangsa dipercayai makan makanan yang dibawa pulang dari program di sebuah sekolah di Sungai Cincin, Gombak.
![Pelajar maut motosikal bertembung kereta Pelajar maut motosikal bertembung kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714279184_Pelajarmautmotosi.jpg)
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
![Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman' Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713523636_TBBibiSharliza.jpg)
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
![Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713523184_TBPelajarMeninggal.jpg)
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
![17 termasuk 9 pelajar sekolah maut banjir di Oman 17 termasuk 9 pelajar sekolah maut banjir di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713257266_mayat.jpg)
17 termasuk 9 pelajar sekolah maut banjir di Oman
Tujuh belas orang termasuk sembilan pelajar sekolah terbunuh berikutan banjir besar di Oman, lapor Sputnik memetik laporan stesen penyiaran Al Arabiya.
![Sabah pandang serius kes keganasan babitkan pelajar sekolah Sabah pandang serius kes keganasan babitkan pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711188091_Pelajarmautdipukul.jpg)
Sabah pandang serius kes keganasan babitkan pelajar sekolah
Kerajaan Negeri Sabah memandang serius kes keganasan membabitkan seorang pelajar lelaki yang ditemukan maut di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu.