Seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) hari ini menerima tangan robotik cetakan 3D Mekanikal bernilai RM3,150 dari Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) di sini.
Wan Abdul Halim Wan Soor, 16, yang kudung dari bahagian siku kanan sejak lahir menerima tangan robotik yang mampu berfungsi dengan pergerakan siku dan jari.
"Saya berasa sangat gembira kerana akhirnya cita-cita saya untuk memiliki tangan robotik tercapai. Selama ini saya hanya membaca dalam surat khabar orang lain menerima tangan robotik.
"Kawan-kawan saya tidak mengetahui mengenai tangan robotik ini lagi, jadi saya tidak sabar untuk tunjukkan mereka yang saya telah mempunyai tangan kanan," katanya pada sidang media di Dewan Kasturi, UniKL MIMET di sini hari ini.
Ibunya Rohaini Darus, 50, berkata beliau berasa gembira dan teruja apabila anaknya yang belajar di Sekolah Menengah Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, menerima panggilan dari pelajar UniKL mengenai sumbangan tangan robotik itu.
Tidak mampu
"Dia memang sudah lama mahukan tangan robotik tetapi ikutkan kemampuan kami sekeluarga yang hanya bergantung dengan perniagaan menjual kuih, memang kami tidak mampu.
"Halim seorang yang aktif biarpun dia tidak mempunyai tangan sempurna. Saya saya harap dengan pemberian tangan robotik ini dia akan lebih bersemangat," katanya.
Tangan robotik itu direka oleh dua pelajar UniKL semester akhir Jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik Marin iaitu Muhd Khirul Alif Muhammad, 29, dan J. Kirupa Sankar, 25 dengan bantuan penyelia mereka Ahmad Makarimi Abdullah.
Tangan robotik yang dibiayai sepenuhnya oleh kedua-kedua pelajar berkenaan bersama sumbangan dari UniKL itu diperbuat daripada Acrylonitrile Butadiene Styrene (ABS) bagi memastikan ketahananannya.
Muhd Khirul Alif berkata tangan robotik berkenaan direka sejak awal tahun ini sebelum mencari calon yang sesuai untuk menerimanya.
Projek akhir tahun
"Kami membuat tangan ini bagi melengkapkan projek tahun akhir di samping membuat kebajikan kepada golongan yang memerlukan.
"Kami kemudiannya menghubungi adik Halim pada bulan Ogos selepas menerima maklumat dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dengan bantuan Samudera Selatan Technical Centre, Sujana Mohd Rejab," katanya.
Ketua Kampus UniKL Mimet, Profesor Madya Zainorin Mohd berkata sumbangan tangan itu merupakan satu daripada tanggungjawab sosial korporat UniKL di samping pelajar menyiapkan projek akhir tahun mereka.
"Pihak kami sentiasa mencari dan mengalakkan inovasi baharu di kalangan pelajar di samping mampu membantu masyarakat.
"Kita juga sentiasa melakukan kolabarasi dengan pelbagai pihak termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Perak dan Sirim Malaysia dalam melahirkan inovasi-inovasi baharu," katanya.
Bernama
Thu Dec 17 2015
Wan Abdul Halim sangat gembira kerana akhirnya cita-cita untuk memiliki tangan robotik tercapai. - Foto Bernama
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.
15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000
Dana itu bagi memastikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalani kehidupan lebih produktif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.