ALOR SETAR: Seorang pelajar program Doktor Falsafah (PHD) Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia (UUM) dari Palestin meninggal dunia dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, beberapa hari lepas.
Naib Canselor UUM Profesor Dr Mohd Foad Sakdan dalam kenyataan di sini memaklumkan kematian pelajar lelaki berusia 38 tahun itu, yang dikenali sebagai Esam M. M Elkahlout, disahkan hari ini.
"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar berkenaan dan saya ingin mengajak semua warga UUM dan rakyat negara ini untuk terus berdoa agar peperangan di Palestin dapat dinoktahkan segera.
"Seluruh dunia wajar memberi peluang kepada penduduk Palestin untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata UUM akan terus membantu warga Palestin yang melanjutkan pengajian di universiti itu dengan menawarkan kadar yuran yang sama dengan pelajar dari negara ini selain menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada mereka.
Menerusi kenyataan sama, Timbalan Dekan yang menjalankan fungsi Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang UUM Profesor Dr Harlida Abdul Wahab berkata pihaknya mendapat perkhabaran mengenai perkara itu hari ini dan sedang menunggu maklumat lanjut berkaitan pelajar tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023

Kematian pelajar lelaki berusia 38 tahun itu, yang dikenali sebagai Esam M. M Elkahlout, disahkan hari ini. - FB Media UUM

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Yuran pengajian pelajar Palestin di universiti awam dikecualikan setahun
Yuran pengajian bagi lebih 600 pelajar Palestin yang sedang menuntut di universiti awam di Malaysia, dikecualikan bagi tempoh setahun.

Biasiswa pelajar Palestin untuk bantu bangunkan semula negara itu
Tawaran biasiswa yang dibuat kerajaan Malaysia untuk pelajar Palestin merupakan satu inisiatif membantu membangunkan semula negara mereka.