KUANTAN: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas didakwa dihanyutkan arus deras semasa mandi di Air Terjun Chamang, Bentong hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kehilangan mangsa, Muhamad Akmal Husni Mohamad Ridzuan, 19, pada 10 pagi.
"Mangsa yang merupakan pelajar pondok di Perak difahamkan menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan air terjun itu bersama 14 pelajar selama empat hari bermula semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan kaedah pencarian di permukaan air dan akan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba Bukit Angin, Temerloh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan kaedah pencarian di permukaan air dan akan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba Bukit Angin, Temerloh. - Gambar/ JBPM

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Remaja hilang ditemukan lemas di Air Terjun Chamang
Mayat Muhamad Akmal Husni Mohamad Ridzuan, 19, ditemukan pada 9.52 pagi oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Pelajar pondok dikhuatiri lemas di Air Terjun Chamang
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas didakwa dihanyutkan arus deras semasa mandi di Air Terjun Chamang, Bentong hari ini.

Pemandu Grab ditemui lemas
Mayat Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, dari Kampung Baru Sungai Buloh, Jeram, Selangor ditemui pada jam 9.34 pagi tadi kira-kira 15 meter dari tempat mangsa dihanyutkan arus deras.