SUNGAI PETANI: Takut dimarahi Ustaz kerana tidak dapat melakukan hafazan al-Quran, tiga pelajar lelaki sebuah pusat maahad tahfiz di Pokok Asam, Jalan Pinang Tunggal, Sungai Petani bertindak melarikan diri dari asrama awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, ketiga-tiga pelajar lelaki berusia 12, 13 dan 16 tahun itu bagaimanapun ditemui semula di rumah rakan mereka di Alor Setar, pada Ahad malam.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan dari warden asrama pusat tahfiz berkenaan selepas pemeriksaan mendapati tiga pelajar terbabit tiada di asrama itu pada jam 4.45 pagi Ahad.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan pada kamera rakaman litar tertutup (CCTV) pusat tahfiz itu mendapati, mereka dipercayai keluar dari asrama pada jam 4.30 pagi.
"Kerana bimbang akan keselamatan tiga pelajar berkenaan, warden asrama terbabit membuat laporan polis sejurus selepas itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Adzli berkata, hasil siasatan mendapati, warden asrama itu berkhidmat di pusat tahfiz berkenaan sejak September tahun lalu sehingga sekarang.
Beliau berkata, pusat maahad tahfiz itu ditubuhkan pada Januari 2019 dan beroperasi sehingga kini.
"Pusat ini mempunyai 28 pelajar lelaki dan hasil semakan mendapati pusat maahad tahfiz itu memiliki lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).
"Namun hasil siasatan mendapati ketiga-tiga pelajar itu dipercayai pergi ke rumah salah seorang pelajar di Alor Setar," katanya.
Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar yang berasal dari Alor Setar, Kuala Nerang dan Sungai Lalang, itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda hari ini untuk dirakam percakapan.
Katanya, hasil rakaman percakapan dapati punca ketiga-tiga pelajar melarikan diri dari asrama kerana mereka tidak boleh membuat hafazan Al-Quran.
"Tiada kejadian penderaan atau buli terhadap mereka dan tiga pelajar itu belajar di pusat maahad tahfiz berkenaan sejak setahun lalu.
"Mereka bertiga tidak minat belajar di pusat maahad tahfiz berkenaan dan ingin bertukar ke pusat maahad tahfiz yang lain," katanya.
Adzli berkata, tiada sebarang kes jenayah berlaku terhadap mereka dan kea dianggap selesai.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Mar 15 2021
Hasil rakaman percakapan mendapati mereka juga Mtidak minat belajar di pusat maahad tahfiz berkenaan dan ingin bertukar ke pusat maahad tahfiz yang lain. - Gambar hiasan
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Histeria: Pelajar asrama SMK Batu Kikir, Jempol dibenarkan pulang sementara waktu
Kesemua 165 pelajar asrama SMK Batu Kikir (Model Khas), Jempol dibenarkan pulang sementara waktu susulan kejadian histeria di sekolah berkenaan.
Pelajar asrama nyaris buta dicurah air sabun ketika tidur
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu nyaris hilang penglihatan selepas rakannya bertindak mencurah cecair sabun mandi ketika tidur di sebuah sekolah berasrama di sini.
11 remaja ditahan, disyaki terlibat kes buli di asrama
Polis menahan 11 remaja berusia 13 hingga 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung satu kes buli membabitkan tiga mangsa iaitu pelajar asrama sebuah sekolah harian pada Khamis lepas.
Sepak, pukul rakan asrama, 11 pelajar direman
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam pada Khamis, suspek dikatakan telah memukul dan menyepak mangsa yang berusia 14 tahun.
Larangan pelajar balik asrama: NUTP setuju, cadang pengetua diberi kuasa laksana PdPR
Wang Heng Suan, tindakan itu mampu melindungi calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi daripada jangkitan COVID-19.
COVID-19: Lagi kluster institusi pendidikan direkodkan di Sabah
Kes indeks merupakan pelajar lelaki Tingkatan Empat yang dikesan positif pada 21 Jan setelah bergejala sejak 19 Jan lepas.
COVID-19: Tiga kluster pendidikan baharu dikesan di Kedah, keseluruhan enam
Tiga kluster baharu itu adalah Kluster Dah Padang Halban, Kluster Dah Sungai Kob dan Kluster Dah Sungai Limau.
Buli pelajar MRSM: Polis lengkapkan kertas siasatan secepat mungkin
Hasil siasatan kes tersebut akan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan selanjutnya.
COVID-19: Kluster baharu di Kunak, Lahad Datu dikesan
Kluster yang diberi nama Kluster Madai itu mencatatkan jumlah kumulatif 30 kes positif COVID-19 setakat ini.
Pelajar pusat tahfiz lari dari asrama kerana tak hafaz al-Quran
Pemeriksaan pada kamera rakaman litar tertutup (CCTV) pusat tahfiz itu mendapati, mereka dipercayai keluar dari asrama pada jam 4.30 pagi.