ALOR SETAR: Seorang pelajar berusia 19 tahun kerugian RM1,400 selepas berurusan dengan seorang lelaki yang mahu menyewakan sebuah rumah di Jitra pada penghujung Oktober.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Kedah, Suprintendan Elias Omar berkata, mangsa telah melayari Facebook pada September lalu dan melihat iklan sewa rumah yang didakwa daripada pemilik akaun yang bernama Zhafri Muhammad.
Menurutnya, mangsa mahu menyewa rumah tersebut kerana pengajian akan bermula pada awal November dan perlu mencari rumah sewa untuk diduduki bersama rakan-rakan kuliahnya.
"Mangsa yang berasal dari Kedah telah berhubung melalui aplikasi WhatsApp dan suspek memperkenalkan diri sebagai pemilik rumah berkenaan.
"Mangsa kemudian bersetuju untuk menyewa rumah selepas melihat kediaman berkenaan dan berjumpa dengan suspek di rumah itu.
"Kadar sewa yang dipersetujui ialah RM600 sebulan manakala wang deposit sebanyak RM1,400," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut Elias berkata, mangsa diminta membuat bayaran deposit dan atas dasar percaya mangsa melakukan pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan oleh suspek pada awal bulan Oktober berjumlah RM1,400.
Menurutnya, penipuan ini mula disedari setelah suspek berjanji akan menyerahkan kunci rumah pada hujung bulan Oktober namun mangsa mendapati suspek telah menyekat nombor telefonnya.
"Mangsa membuat laporan polis di Pendang, Kedah pada Ahad dan setakat ini terdapat enam laporan polis telah dibuat oleh mangsa berkaitan penipuan sewa rumah dan sebanyak dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu)," katanya lagi.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan maklumat berkaitan sewa rumah sebelum melakukan transaksi.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 01 2021

Seorang pelajar berusia 19 tahun kerugian RM1,400 selepas berurusan dengan seorang lelaki yang mahu menyewakan sebuah rumah di Jitra pada penghujung Oktober. -Gambar hiasan

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Sikap penyewa antara penyebab isu tunggakan sewa PPR berlarutan
Menurut Masri, kebanyakan penyewa memberi alasan tidak mampu bayar sewa kerana tiada pendapatan tetap meskipun kadarnya hanya RM150 sebulan.

Rumah dihanyut banjir: Kediaman akan dibina semula, tidak perlu bayar sewa
Penduduk yang hilang tempat berteduh apabila rumah mereka dihanyutkan banjir di Kampung Teresan di sini, baru-baru ini, menerima satu lagi khabar gembira, hari ini.

Syed Saddiq nafi dakwaan ada banglo
Sebaliknya, Presiden Muda itu mendedahkan, beliau menyewa rumah banglo terbabit.

Pelajar rugi deposit rumah sewa lesap
Penipuan ini mula disedari setelah suspek berjanji akan menyerahkan kunci rumah pada hujung bulan Oktober namun mangsa mendapati suspek telah menyekat nombor telefonnya.

Lelaki maut ditetak jiran tuntut wang sewa rumah
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, suspek dikatakan datang ke rumah mangsa dengan membawa sebilah parang sebelum mengarahkannya menyerahkan wang sewa kepadanya.

Lapan sekeluarga tinggal di pondok, tidak mampu sewa rumah
Tempat mereka berteduh ini hanya diperbuat daripada sisa binaan dan bekas pintu serta papan lapis yang tidak digunakan lagi.

Penyewa dari neraka lari tinggalkan sampah, najis
Seorang pemilik rumah tergamam apabila mendapati rumahnya berubah 360 darjah selepas disewakan kepada penyewa dari 'neraka'.

Atlet terjejas boleh dapat bantuan menerusi YAKEB - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata mereka tidak perlu mendapatkan bantuan menerusi kempen #BenderaPutih untuk mengatasi masalah keperluan asas walaupun ia bermatlamat baik.

Elaun perumahan anggota polis perlu dinaikkan - Ketua Polis Negara
Abdul Hamid berkata, anggota pasukan keselamatan itu sepatutnya layak mendapat kuarters, tetapi bilangan kuarters polis yang ada sekarang tidak mencukupi untuk menampung keperluan.

Anda akan berpindah dalam masa terdekat? Ini tujuh tip untuk anda
Jangan bimbang, jika anda akan mengambil keputusan untuk berpindah dalam masa terdekat, ini kami sediakan tujuh tip mudah untuk anda.