KAJANG: Seramai empat pelajar sekolah menengah berusia lingkungan 15 ke 16 tahun ditahan kerana disyaki terlibat kejadian pergaduhan berkumpulan di sebuah stesen minyak di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara suspek dan mangsa terbabit di kantin sekolah mereka di sini pada Rabu.
"Mangsa telah berselisih faham dengan salah seorang rakan suspek kerana didakwa telah mencampakkan duit ketika hendak membeli minuman di kantin semasa waktu rehat.
"Perselisihan faham itu berlarutan apabila kedua-dua pihak telah bertumbuk akibat tidak berpuas hati.
"Suspek bertindak meminta bantuan dari rakan-rakan sekolah lain untuk membalas dendam terhadap mangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu, satu klip video berdurasi 12 saat tular memaparkan sekumpulan pelajar sekolah bergaduh sambil cuba dileraikan oleh dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang berada berhampiran.
Mohd Zaid berkata, semakan mendapati video tular berkenaan merupakan kejadian pergaduhan pada Khamis dan Jumaat di dua tempat berlainan di sekitar sekolah berkenaan.
Katanya,mangsa yang berusia 16 tahun telah diserang dan dipukul oleh suspek dan beberapa rakannya yang dipercayai pelajar dari sekolah lain di sini sekitar jam 12.30 tengah hari, Jumaat.
"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima laporan dari seorang pelajar berusia 16 tahun lebih kurang pada jam 5.04 petang.
"Sepasukan polis dari Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah tangkap empat suspek pelajar sekolah di sekitar Kajang disyaki terlibat pergaduhan berkenaan," katanya.
Beliau berkata, pihak polis masih mengesan beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan permohonan reman sedang dimohon dari mahkamah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 03 2022

Sekumpulan pelajar sekolah ditahan kerana disyaki terlibat kejadian pergaduhan beramai-ramai berhampiran sebuah sekolah di Kajang. - Foto PDRM
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pelajar sekolah bawa 'geng' serang, pukul rakan
Kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara suspek dan mangsa terbabit di kantin sekolah mereka.