Sekolah vernakular wajar mengambil tanggungjawab memastikan setiap pelajar yang mengikuti persekolahan aliran itu menguasai Bahasa Malaysia.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar sekolah vernakular seharusnya berada pada tahap tertinggi iaitu kefasihan setanding atau lebih baik daripada pelajar di sekolah kebangsaan.
"Ia sesuatu yang janggal dan ironis jika terdapat seseorang individu bertaraf warganegara Malaysia dan mendapat segala nikmat dan keistimewaan sebagai seorang warganegara tetapi tidak boleh memahami, bertutur, menulis serta membaca dalam bahasa kebangsaan.
"Bahasa merupakan medium yang dapat menjalin dan merapatkan hubungan manusia. Keupayaan menguasai bahasa pertuturan serta penulisan yang sama adalah prasyarat memungkinkan berlakunya komunikasi," titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet di sini hari ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Menteri Besar Datuk Seri Dr, Zambry Abd Kadir serta isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.
Sultan Nazrin menambah, usaha untuk memastikan setiap pelajar sekolah vernakular menguasai sekali gus fasih perlu diterima sebagai satu cabaran selain dijadikan sebagai salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pencapaian sekolah vernakular.
Dalam pada itu, beliau bertitah, keterbukaan kerajaan membenarkan sekolah vernakular terus beroperasi wajib dihargai dengan membuktikan sekolah vernakular juga berupaya menjadi sebuah sekolah sebagai tapak memupuk perpaduan.
"Kejayaan sekolah vernakular mendidik pelajar hingga menguasai dan fasih bahasa kebangsaan akan dapat membantu usaha membina negara bangsa yang bersatu padu selain meminimumkan perasaan tidak selesa sebahagian masyarakat di negara ini terhadap sekolah vernakular," titah baginda.
Shafiq Noordin
Mon Oct 23 2017

Sultan Nazrin mahu pelajar sekolah vernakular kuasai Bahasa Malaysia. - Foto fail Bernama.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Kehendak penyenaraian dan kaedah perniagaan Bursa Malaysia kini dalam BM
Bursa Malaysia Bhd telah menyediakan semua keperluan penyenaraian dan peraturan perniagaan sedia ada dalam Bahasa Malaysia (BM).

'You Melayu ke? Saya cakap...- Disoal dalam Bahasa Inggeris, ini jawapan Tengku Razaleigh
Tokoh politik terkenal Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mencuri perhatian wargamaya apabila menegur seorang wartawan yang bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris.

Laporan kedudukan Malaysia dalam penguasaan bahasa Inggeris bukan cerminan sebenar
Malaysia berada di kedudukan ketiga di peringkat Asia dalam kemahiran penguasaan bahasa Inggeris.

Mahkamah Tinggi benar tulisan jawi diajar di sekolah Cina, Tamil
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya berkata Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.

SPM: Dulu 6 mata pelajaran wajib, sekarang BM sahaja tapi ...
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama ada kali pertama atau ulangan layak untuk mengambil satu mata pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia.

#BLACKPINKinMY: Jisoo fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia?
Jisoo mengambil hati Blinks Malaysia dengan mengucapkan kata-kata manis dalam Bahasa Malaysia.

Isu bahasa iklan: Sekerat belut sekerat ular - Rais Yatim
Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Rais Yatim menegur iklan akhbar menggunakan gabungan bahasa kurang sesuai.

Zambry jawab apa punca terjemahan di pusat penerangan 'ke laut'
Penggunaan "Google Translate" merupakan punca kesalahan penulisan notis Bahasa Inggeris di Pusat Penerangan Pelancongan Perak di sini, yang tular di dalam media sosial baru-baru ini.

Pelajar sekolah vernakular wajib kuasai Bahasa Malaysia - Sultan Nazrin
Sekolah vernakular wajar mengambil tanggungjawab memastikan setiap pelajar yang mengikuti persekolahan aliran itu menguasai Bahasa Malaysia.

Penggunaan Bahasa Inggeris di Parlimen bercanggah dengan perlembagaan - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen, adalah seolah-olah ingin memperlekehkan Parlimen.