Empat pelajar Giat Mara, Pasir Gudang yang dijumpai selamat selepas sesat hampir 20 jam sejak petang semalam di kawasan Hutan Lipur Gunung Panti, Kota Tinggi, mendakwa mereka sesat selepas tersilap mengambil laluan dan sebaliknya mengikuti laluan motosikal scrambler.
Muhammad Nazhan Azhar, 19, berkata mereka pada mulanya bercadang untuk mendaki puncak Gunung Panti dengan tujuan untuk mengambil gambar bagi kursus fotografi, selepas mendapat cadangan daripada rakan-rakan mereka yang sebelum ini pernah mendaki di kawasan itu.
"Kawan-kawan kami yang pernah mendaki gunung itu memberitahu kami untuk sampai ke puncak hanyalah sejam. Oleh sebab itu, kami berempat mendaki hanya membawa bekalan botol air setiap seorang.
"Setelah menyedari telah sesat, kami telah mengambil keputusan untuk mengikuti arus sungai sehingga kami menemukan sebuah jambatan dan bermalam di situ," katanya ketika ditemui pemberita selepas diselamatkan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini hari ini.
Menurut Muhammad Nazhan lagi, mereka telah memulakan perjalanan mendaki kira-kira pukul 9 pagi semalam.
"Bila sudah sesat, kami cuba mendapatkan bantuan daripada pihak polis tetapi telefon bimbit kami tidak ada isyarat," katanya.
Muhammad Nazhan berkata mereka kemudiannya tidur di atas jambatan yang merupakan laluan kepada kawasan pembalakan yang lama dan hanya minum air sungai.
"Rasa menyesal itu memang ada kerana tidak membuat kajian tentang kawasan gunung ini terlebih dahulu," jelasnya.
Bagi Muhamad Firdaus Zainal, 18, pula rasa tidak sedap hati sejak awal dan rasa itu kemudiannya menjadi kenyataan apabila laluan yang diikuti mereka seolah-olah hilang dari pandangan mata.
"Masa berjalan memang saya sudah mula rasa tidak sedap hati tetapi kawan-kawan lain tetap teruskan perjalanan sehingga sampai pada satu tempat di atas tiba-tiba laluan yang kami ikut hilang.
Kami tidak dapat menentukan lokasi kami dan kemudian mengambil keputusan untuk berpatah balik dengan harapan untuk menemui jalan untuk kembali tetapi sesat," katanya.
Menurutnya lagi, aktiviti mendaki ini bukan satu perkara yang asing baginya kerana sering melakukan aktiviti seperti ini.
Sementara itu, Muhammad Zariqh Iedeed Mustafa, 20, turut berkongsi pengalamannya ketika terpaksa tidur bergilir-gilir bersama rakan-rakan yang lain untuk menjaga keselamatan mereka di tengah-tengah hutan dan dalam keadaan yang gelap.
"Masa malam memang ada dengar banyak bunyi binatang, macam-macam bunyi yang kami dengar. Nampak pun ada juga cuma nampak macam bayang-bayang besar berjalan-jalan dan nampak benda-benda terbang tetapi kami tidak endahkan sahaja," dakwanya.
Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan yang selamat pada pukul 11.55 pagi tadi oleh anggota SAR kira-kira 700 meter daripada lokasi pos kawalan sementara SAR. -- Bernama
Bernama
Sat Apr 01 2017

Empat pelajar GiatMara (dari kiri) Muhammad Zariqh Indeed Mustafa, 20, Muhammad Nazhan Azhar, 19, Muhamad Firdaus Zainal, 18, dan Muhammad Fakhrul Nazmi Sulaiman, 18, ditemukan dalam keadaan selamat hari ini. - Foto Bernama
[TERKINI] ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
ADUN Ayer Kuning, Perak Ishsam Shahruddin, 58 tahun, dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas tidak sedarkan diri rebah ketika perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Pelajar sesat di Hutan Lipur Gunung Panti kerana silap ambil laluan
Empat pelajar Giat Mara, Pasir Gudang yang dijumpai selamat selepas sesat di Hutan Lipur Gunung Panti mendakwa mereka sesat selepas tersilap mengambil laluan.