ALOR GAJAH: Hajat seorang pelajar Tingkatan Tiga untuk menghantar dua adiknya ke sekolah tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Telok Gong, Pengkalan Balak, di sini, semalam.
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.40 pagi, mangsa Mohamad Iqmal Daniel Iskandar,15, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC membonceng adiknya, Ratu Nurisma Dayana Iskandar, 13, dan Mohamad Dhani Ilham Iskandar, 11, dalam perjalanan dari rumah mereka ke Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang warga emas lelaki dari arah Kuala Sungai menghala ke Masjid Tanah mahu membelok ke kiri untuk masuk simpang ke rumahnya.
Menurutnya, bagaimanapun motosikal mangsa dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kanan kenderaan yang dipandu lelaki berusia 65 tahun itu.
"Akibat rempuhan itu mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
"Manakala dua adik mangsa masing-masing mengalami kecederaan ringan termasuk kaki terseliuh dan luka di mulut telah dibawa ke hospital yang sama untuk menerima rawatan," katanya.
Jelasnya, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diminta hadir ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk siasatan lanjut.
"Kenderaan terlibat telah ditahan di Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan kes disiasat di Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 01 2024
![Pelajar Tingkatan 3 maut ketika hantar adik ke sekolah Pelajar Tingkatan 3 maut ketika hantar adik ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706823309_PelajarMaut.jpg)
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Jalan Telok Gong, Pengkalan Balak, Alor Gajah, pada Khamis. Gambar kecil: Mohamad Iqmal Daniel. - Foto Sinar Harian
AWANI Borneo [15/2/2025] – Tawar harga tiket berpatutan| Bukan tiada sumber air| Tepis spekulasi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739617940_ZambryAbdulKadir.jpg)
KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612631_DatukMohdJoehariM.jpg)
Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.
136 inisiatif bukti Premier bukan 'jaja air liur'
136 inisiatif yang diperkenalkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan kepimpinan beliau yang berani, tegas, dan pintar dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.
PBB perlu ambil iktibar kejatuhan parti ternama
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penting untuk PBB menginsafi berlakunya defisit kepercayaan terhadap parti Kongres di India dan LDP di Jepun, agar ia tidak berlaku kepada PBB, yang ketika ini berada pada zon selesai.
Zon Maritim Lahad Datu pastikan perairan bebas ancaman
Lebih 164 kes tangkapan berjaya direkodkan dari tahun 2020 hingga 2024 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
![Pengawal keselamatan klinik cabul pesakit lelaki dalam tandas direman Pengawal keselamatan klinik cabul pesakit lelaki dalam tandas direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738641975_tbmencabulpesakit.jpg)
Pengawal keselamatan klinik cabul pesakit lelaki dalam tandas direman
Seorang pengawal keselamatan di sebuah klinik direman bagi membantu siasatan selepas disyaki mencabul pesakit lelaki di dalam tandas.
![Warga emas dilapor hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan Warga emas dilapor hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731925707_TBMAYATJUMPA.jpg)
Warga emas dilapor hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi kesukaran kerana arus sungai deras.
![Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731376732_Pekerjakontraktor.jpg)
Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
![Ajal pulang kerja, pemuda maut dihempap pokok tumbang Ajal pulang kerja, pemuda maut dihempap pokok tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726114186_pokoktumbang.jpg)
Ajal pulang kerja, pemuda maut dihempap pokok tumbang
Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap pokok tumbang di Alor Gajah.
!['Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya' 'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725860437_AlFateh.jpg)
'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'
Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Alor Gajah.
![Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725697696_tblemas.jpg)
Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM
Taska di Taman Kelemak Utama yang menjadi lokasi seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai ditekup dengan bantal disahkan tidak berdaftar dengan JKM.
![Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709354557_PusatPenempatanSem.jpg)
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.
![Enam ekor lembu mati dilanggar treler Enam ekor lembu mati dilanggar treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719034860_HatihatiLembu.jpg)
Enam ekor lembu mati dilanggar treler
Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di Alor Gajah pagi tadi.
![Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717221184_SuamiIsteriMaut.jpg)
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
![Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713329493_AyerKeroh.jpg)
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.