ALOR GAJAH: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga bersama dua rakan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu atas tiga tuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata pada Disember tahun lalu.
Tertuduh berusia 15 tahun bersama Naufal Izmeiel Abdullah, 24, dan Muhammad Ridzuan Mat Nasir, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama-sama dua orang yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang dan besi hingga menyebabkan kecederaan terhadap lima warga Bangladesh.
Tertuduh turut didakwa mengambil wang tunai berjumlah RM1,700 dan empat telefon bimbit.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di kebun sayur Kampung Melekek, Kampung Kandang Kambing dan kebun buah Jalan Kemus, Simpang Ampat di sini, kira-kira jam 10 malam hingga 11.40 malam antara 3 November hingga 19 Disember 2023.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan terhadap kesemua tertuduh.
Peguam Mohammad Zaki Abdul Shukor yang mewakili Muhamad Ridzuan merayu jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya tidak bekerja manakala dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1,500 bagi setiap pertuduhan bagi pesalah juvana sementara jaminan RM18,000 kepada Naufal Izmeiel dan Muhammad Ridzuan.
Mahkamah turut menetapkan tarikh 27 Februari depan untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikan peguam.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan pelajar terbabit antara enam individu ditahan kerana disyaki terlibat samun bersenjata terhadap warga asing.
Kesemua suspek berjaya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dan IPD Sik, Kedah dalam dua serbuan berasingan pada Isnin dan Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung tiga kejadian samun terhadap warga Bangladesh di rumah kongsi dalam kebun pada 3, 4 dan 20 Disember lalu.
Menurutnya, berikutan itu pihaknya telah membuat risikan dan menubuhkan pasukan khas sebelum berjaya menahan ketiga-tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjatakan parang, besi dan batang buluh. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 24 2024
Naufal Izmeiel (dua dari kiri) dan Muhammad Ridzuan (belakang, tengah) mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata di Mahkamah Sesyen di Melaka, pada Rabu. -Foto Sinar Harian
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Pelajar Tingkatan Tiga, dua rakan didakwa rompak guna parang, besi
Pelajar Tingkatan Tiga, dua rakan didakwa rompak guna parang, besi