ALOR SETAR: Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim pada petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Redzuan Salleh berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.20 petang semasa motosikal dinaiki kedua-dua pelajar UiTM Cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang itu dipercayai keluar dari satu simpang secara mengejut.
Beliau berkata van yang dipandu lelaki berusia 20-an yang sedang dalam perjalanan dari arah Baling menghala ke Bukit Mertajam itu dikatakan tidak sempat mengelak, lalu terlanggar motosikal jenis Modenas Kriss yang dinaiki dua pelajar lelaki berkenaan.
"Pelanggaran menyebabkan van itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Y16 yang ditunggang lelaki berusia 30-an," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Mohd Redzuan berkata pelajar yang menunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang mengalami kecederaan parah sedang dirawat di Hospital Kulim.
"Seorang lagi penunggang motosikal yang mengalami kecederaan ringan telah diberi rawatan pesakit luar di hospital yang sama manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan," katanya dan menambah kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Pelajar yang menunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang mengalami kecederaan parah sedang dirawat di Hospital Kulim. - Foto PDRM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pelajar UiTM maut dirempuh ambulans
Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah ambulans

Dua pelajar UiTM maut kereta bertembung treler
Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas kereta mereka bertembung sebuah treler di Kilometer 70, Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi.