GEORGE TOWN: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan Desasiswa Tekun dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan berusia 22 tahun itu dipercayai tergelincir ketika mahu mengambil pakaiannya yang terjatuh daripada ampaian.
"Menurut keterangan rakan-rakan mangsa, pelajar itu pada mulanya memanjat tembok koridor di tingkat lapan itu untuk mengambil pakaiannya yang terjatuh dari ampaian di kawasan bahagian luar koridor iaitu terdapat ruang kira-kira dua kaki persegi di situ (ruang simen) sebelum mangsa terjatuh ke bawah.
"Mereka (rakan-rakan mangsa) hanya menyedari mangsa terjatuh selepas dia tidak masuk ke bilik semula sebelum bertindak mencarinya dan menemui mayatnya di kawasan bawah bangunan asrama tersebut kira-kira pukul 10.30 malam sebelum memaklumkan kepada pengurusan universiti serta menghubungi polis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau juga menafikan mangsa membunuh diri sebaliknya ia adalah kemalangan dan kejadian itu disiasat sebagai mati mengejut.
BACA: Penuntut USM maut jatuh dari tingkat lapan desa siswa
Terdahulu tular di media sosial berhubung kejadian seorang pelajar USM ditemukan mati dipercayai terjatuh daripada bangunan asrama di situ.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Kelestarian dan Pembangunan Institusi) USM Prof Dr Md Roslan Hashim berkata USM telah melantik sebuah pasukan kerja untuk memeriksa fasiliti pelajar terutama di desa siswa bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.
Katanya pasukan itu sedang meneliti semua aspek yang perlu dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak kejadian yang sama berulang.
"Pihak universiti juga menasihatkan semua pelajar agar lebih berhati-hati untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang," katanya dan menambah USM dari semasa ke semasa akan terus memantau keselamatan pelajar dari semua aspek yang berkaitan menerusi pengurusan desa siswa dan majlis penghuni desa siswa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022
Mangsa, Lukman Hakim Mat Rani, 22 tahun, dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah bangunan berkenaan. - Gambar fail
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
Pelajar USM maut terjatuh ketika mahu ambil pakaian
Mangsa berusia 22 tahun itu dipercayai tergelincir ketika mahu mengambil pakaiannya yang terjatuh daripada ampaian.
Penuntut USM maut jatuh dari tingkat lapan desa siswa
Pihak polis telah mengenal pasti rakan sebilik si mati dan akan mengambil keterangan mereka berhubung kejadian itu.