PELAKON Korea Selatan, Park Soo Ryun, 29, atau nama sebenarnya Park Young In meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh tangga, kelmarin.
Menurut ahli keluarganya, Soo Ryun terjatuh ketika pulang ke rumah selepas bekerja, menyebabkannya koma.
Dia kemudian disahkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak ketika mendapat rawatan di hospital, lapor Allkpop.
Berdasarkan laporan media Korea Selatan, ibunya memaklumkan bahawa jantungnya masih berfungsi, namun otaknya gagal berfungsi.
Berdasarkan laporan terbaru, keluarganya bersetuju untuk mendermakan organ Ryun kepada mereka yang memerlukan.
Sebelum kejadian itu, Soo Ryun sepatutnya ke Pulau Jeju, untuk membintangi drama muzikal terbaharunya.
Ryun juga cukup dikenali sebagai penyanyi dalam industri muzik Kpop dan turut membintangi beberapa drama antaranya Siddhartha, Finding Mr Destiny dan The Days We Loved.
Paling meninggalkan kesan adalah lakonannya dalam Snowdrop pada 2021 bersama-sama anggota Blackpink, Jisoo dan Jung Hae In.
Acara penghormatan terakhir Soo Ryun diadakan di Hospital Suwon, Gyeonggi Provincial Medical Centre, manakala upacara pengebumian dilaksanakan, hari ini.
Astro Awani
Tue Jun 13 2023
![Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, meninggal dunia jatuh tangga Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, meninggal dunia jatuh tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686632982_ParkSooRyun.jpg)
Soo Ryun terjatuh ketika pulang ke rumah selepas bekerja, menyebabkannya koma sebelum disahkan meninggal dunia. - Gambar/ FB Jennie Vidz
![Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739604378_hostagerelease.jpg)
Hamas, warga Gaza berkumpul menjelang pembebasan tiga tebusan
Angggota Hamas dan penduduk tempatan berkumpul di bandar selatan Gaza, Khan Younis menjelang pembebasan tiga tebusan yang dijangka berlaku pada Sabtu.
![Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739606240_SaifuddinNasutionI.jpg)
Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.
![Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739593802_norshamira.jpg)
Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari
Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Khamis lepas.
![Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739602838_IbuKotaNusantara.jpg)
Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.
![NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739604230_NikNazmiNikAhmad.jpg)
NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhasrat membangunkan kebun komuniti di tanah Persekutuan di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
![29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan 29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739598033_TBgari.jpg)
29 ditahan di timur Myanmar atas kesalahan judi dalam talian, penipuan
Pihak berkuasa menahan 29 suspek di perbandaran Tachileik, timur Myanmar, atas kesalahan perjudian dalam talian dan penipuan kewangan pada 12 dan 13 Feb, lapor Xinhua.
PDRM rampas dadah berjumlah RM23.67 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang menjadikan negara ini sebagai transit, sebelum diseludup ke negara ketiga dengan nilai rampasan berjumlah RM23.67 juta.
Banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
![Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602378_afgan.jpg)
Rai 17 tahun album pertama, Afgan lancar Confession No. 1 edisi istimewa
Penyanyi popular Indonesia, Afgan melancarkan album Confession No. 1 - 17th Anniversary Edition sempena ulang tahun ke-17 album pertamanya.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Norshamira: Polis tahan suspek
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, meninggal dunia jatuh tangga Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, meninggal dunia jatuh tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686632982_ParkSooRyun.jpg)
Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, meninggal dunia jatuh tangga
Pelakon Korea Selatan, Park Soo Ryun, 29, atau nama sebenarnya Park Young In meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh tangga, kelmarin.