KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 kini berada di peringkat kedua bagi proses merangka kertas kerja Kabinet, menurut Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) yang dipengerusikannya pada Jumaat lalu telah memutuskan undang-undang itu di peringkat dasar.
"Mesyuarat juga bersetuju untuk BHEUU merangka kertas kerja Kabinet bagi mendapatkan persetujuan untuk Majlis Bersama Dewan Negara dan Dewan Rakyat oleh Pejabat Peguam Negara untuk diedarkan kepada semua kementerian dan agensi yang berkaitan sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri," katanya menerusi laman Facebook rasminya, hari ini.
Dalam pada itu, Wan Junaidi ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Meja Bulat Kesejahteraan Sosiobudaya Malaysia MADANI 2023 di Bangunan Parlimen, hari ini, berkata rang undang-undang untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen itu dijadualkan dibentang di Parlimen pada bulan depan.
Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperkenalkan bagi membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya, namun ia telah dimansuhkan pada 1992.
Sementara itu, mengulas mengenai Meja Bulat Kesejahteraan Sosiobudaya Malaysia MADANI 2023, Wan Junaidi berkata ia bagi membincangkan peranan dan gerak kerja seluruh institusi sosial dalam pembangunan negara.
Beliau berkata objektif utama meja bulat itu adalah untuk mengumpulkan idea dan maklumat dalam memantapkan pemahaman dan penghayatan serta isu latar sosiobudaya Malaysia daripada pelbagai segmen masyarakat.
Katanya, empat kluster utama pembangunan yang menjadi fokus perbincangan secara intensif dan inklusif menerusi sesi dialog, sumbang saran dan wacana meja bulat itu adalah Kesejahteraan, Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi; Pendidikan, Nilai Budaya dan Pembangunan Insan; Keselamatan, Perpaduan Nasional dan Pengukuhan Institusi serta Perubahan Iklim dan Kelestarian Ekosistem Persekitaran.
Program sehari anjuran Parlimen Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu disertai panel berpengalaman dan pakar dalam empat kluster pembangunan antaranya Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Senator Aknan Ehtook.
Ia turut melibatkan pelbagai kumpulan masyarakat antaranya ketua agama, golongan rentan, pemimpin pelajar dan masyarakat, akademia, badan sukarela, usahawan serta golongan pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Wan Junaidi (foto) berkata Mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) pada Jumaat lalu telah memutuskan undang-undang itu di peringkat dasar. -Gambar fail/BERNAMA

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Pindaan kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 90 peratus siap - Azalina
Akta Perkhidmatan Parlimen antaranya akan memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen.

Akta Perkhidmatan Parlimen: Memorandum Jemaah Menteri komprehensif akan dibentang
Ia bagi membolehkan proses merangka kertas kerja pelaksanaan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diteruskan ke peringkat selanjutnya.

Akta Perkhidmatan Parlimen, Akta Majlis Parlimen dikembalikan tidak lama lagi - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata kedua-dua akta itu akan dibawa pada persidangan Parlimen bulan ini.

Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen di peringkat kedua - Wan Junaidi
Mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) pada Jumaat lalu telah memutuskan undang-undang itu di peringkat dasar.

Pilihan raya negeri akan menelan kos lebih RM420 juta jika tidak diadakan serentak - Ramkarpal
Ramkarpal Singh berkata kos yang lebih tinggi akan ditanggung kerana perlu ada perancangan berulang untuk PRN yang berasingan.

Akta Perkhidmatan Parlimen, naik taraf Jawatankuasa Pilihan Khas antara agenda Johari
Beliau dan Tan Sri Rais Yatim telah berjumpa dengan Perdana Menteri bagi memohon pertimbangan kerajaan untuk mengembalikan semula akta itu.

PSA perlu dihidupkan semula, tingkatkan peruntukan untuk Parlimen - Wong Chen
Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) perlu dihidupkan semula bagi memastikan semak dan imbang dapat diperkukuhkan di Parlimen.

MoU Transformasi: Akta Perkhidmatan Parlimen, elaun sama rata Ahli Dewan antara kandungan perjanjian
Undang-undang berkaitan Perkhidmatan Parlimen akan dibentang dan diluluskan selepas perbincangan, libat urus dan mendapat persetujuan Speaker Dewan Rakyat serta Dewan Negara.

Selepas 'terseksa' bersama Pandikar Amin, ini masa Wan Junaidi ubah Parlimen - Liew Chin Tong
Chin Tong berkata, Wan Junaidi perlu bersedia menjadi seorang pemimpin yang transformatif untuk mengubah Parlimen jadi lebih baik

Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dikembalikan, pertingkat kuasa autonomi Parlimen
Sebuah jawatankuasa pemilih akan diwujudkan untuk memperaku pelantikan jawatan utama di SPRM, SPR, Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.