KUALA LUMPUR: Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Bagaimanapun, beliau berkata sebelum hukuman seperti itu dilaksanakan, kajian menyeluruh melibatkan pelbagai agensi perlu dilakukan.
Katanya ia perlu mengambil kira semua aspek berkaitan termasuk definisi khalayak dan falsafah hukuman yang bertujuan mengimbangi antara tujuan mendidik dan menjaga maruah pesalah yang menjalani hukuman.
"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, agama Islam berada di bawah bidang kuasa negeri termasuklah urusan perundangan dan kehakiman, itu mutlak kuasa Sultan dan negeri.
"Dalam konteks Enakmen jenayah syariah di Terengganu memang diperuntukkan kesalahan-kesalahan syariah ini antara hukumannya yang kita sedia maklum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan iaitu maksimum bagi mahkamah negeri," katanya.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak sebagai usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negeri itu.
Mohd Na'im berkata di peringkat Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi kaedah sebatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024

Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - Gambar fail/BERNAMA

Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.

Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.