KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan akan diteruskan di bawah kepimpinan Kementerian Pertahanan yang baharu, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan taklimat awal dari pengurusan tertinggi kementerian, Kertas Putih itu perlu dijayakan sebaik mungkin demi meningkatkan kualiti dasar pertahanan negara.
Mohamad berkata, beliau melihat proses penghasilan Kertas Putih itu dilakukan dengan baik, dan ia bakal menjadi teras kepada pelan pembangunan Angkatan Tentera Malaysia.
“Saya lihat dan dengar tadi betapa pihak ATM telah mendapat kelulusan daripada Parlimen berkenaan Kertas Putih, dan telah memulakan langkah strategik untuk terus memperkasakan ATM dalam ketiga-tiga perkhidmatan – Udara, Laut, dan Darat.
“Keutamaan saya (sebagai Menteri Pertahanan) adalah untuk bersama-sama dengan kepimpinan, setiap perkhidmatan dan juga pihak awam, untuk kita pastikan supaya Kertas Putih yang diluluskan di Parlimen itu dapat kita jayakan dengan sebaik mungkin,” katanya lagi.
Terdahulu, Mohamad, menghadiri Majlis Sambutan dan Mula Tugas Menteri Pertahanan, selain menyerikan majlis Mengambil Tabik Hormat dan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di sini hari ini.
Ditanya pandangan beliau mengenai isu berkaitan Kapal Tempur Pesisir (LCS), Mohamad berkata, beliau perlu sedikit masa lagi untuk meneliti tentang perkara itu.
Firdaus Azil
Mon Dec 05 2022

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mempengerusikan mesyuarat pada hari pertama beliau memulakan tugas secara rasmi di Wisma Pertahanan hari ini. - Foto BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Kementerian Pertahanan jalin kerjasama tingkatkan sistem pertahanan siber negara - Adly
Kementerian Pertahanan akan menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dalam merangka struktur baharu Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan dalam meningkatkan sistem pertahanan siber negara.

Tentera Darat perlu kekalkan kedudukan sebagai angkatan berkredibiliti - PTD
Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman berkata Tentera Darat mestilah sejajar dengan profil angkatan masa hadapan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan.

Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan jadi fokus utama Tok Mat
Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan akan diteruskan di bawah kepimpinan Kementerian Pertahanan yang baharu, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Skandal LCS: PH janji akan sambung siasatan, laksana strategi Kertas Putih Pertahanan
Sekiranya kembali berkuasa, PH akan pastikan pasukan pertahanan negara dibekal kelengkapan yang sesuai dan terbaik.

Kerajaan digesa libatkan pembangkang dalam pembaharuan dokumen KPP
Sempena ulang tahun pertama Kertas Putih Pertahanan (KPP), Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyeru agar kerajaan menimbal semula sikap dwipartisan dan melibatkan pihak pembangkang.

Kertas Putih Pertahanan panduan utama perancangan, pelaksanaan
Beliau berkata kerajaan akan kekal komited dalam memastikan pertahanan negara terus diperkukuh untuk tempoh 10 tahun akan datang seperti digariskan KPP.

Malaysia di tangga ke-16 negara paling aman di dunia
Beliau berkata laporan GPI itu turut mengiktiraf Malaysia sebagai negara ketiga paling aman di Asia Tenggara selepas Jepun dan Singapura.

Tidak perlu dedah secara umum aset pertahanan negara - Mohamad Sabu
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menegaskan bahawa Kertas Putih Pertahanan yang dibentangkan tidak perlu memperincikan aset strategik ketenteraan negara.

Hishamuddin kecewa dengan pembentangan Kertas Putih Pertahanan
Datuk Seri Hishamuddin Hussein kecewa dengan pembentangan Kertas Putih Pertahanan (KPP) 2020-2030 di Dewan Rakyat.