KUALA LUMPUR: Tadbir urus dan strategik pelaksanaan Malaysia Digital (MD) akan diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan, dan pemantauan serta penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, Kabinet juga telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital (MD-CC) bagi menyelaras tadbir urus dan operasi, serta penganugerahan status MD.
Bagi tujuan berkenaan, jelas Ismail Sabri lagi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) di bawah Tan Sri Annuar Musa akan diberi tanggungjawab untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut.
“Menerusi struktur tadbir urus baharu ini, MD berperanan untuk mempercepatkan pendigitalan di seluruh negara, memangkinkan bidang pertumbuhan baharu, meningkatkan penyertaan syarikat teknologi tempatan.
“Selain itu, ia juga bagi menarik pelaburan-pelaburan berpotensi, sejajar dengan usaha merealisasikan aspirasi dan sasaran negara,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Malaysia Digital, yang dahulunya dikenali sebagai MSC Malaysia, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, inisiatif MSC perlu diberikan nafas baharu, dalam usaha untuk terus memacu ekonomi digital Malaysia.
Bagi merancakkan ekonomi digital negara, Perdana Menteri berkata, rangka kerja inisiatif baharu MD telah dibangunkan dengan berpandukan kepada tiga prinsip utama, iaitu Fleksibiliti, Ketangkasan, dan Relevansi.
Jelasnya lagi, MD menerusi Projek Mangkin MD atau PEMANGKIN akan berfungsi secara holistik menerusi tiga keutamaan strategik iaitu - Membantu memacu adaptasi digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan rakyat; Menyokong syarikat teknologi tempatan untuk menjadi ‘Juara Malaysia’ berjaya di peringkat antarabangsa; dan Menarik pelaburan bernilai tinggi.
“Saya yakin menerusi keutamaan berkenaan, MD akan memacu lebih banyak program berimpak tinggi dan memberi impak langsung serta segera, khususnya kepada Keluarga Malaysia,” katanya lagi.
Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata, pada peringkat awal, dua PEMANGKIN akan diperkenalkan di bawah MD iaitu program DE Rantau dan Digital Trade.
Program DE Rantau, jelasnya lagi, bertujuan menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan di rantau ini melalui peningkatan penggunaan digital, mobiliti profesional digital dan aktiviti pelancongan di seluruh negara.
Program Digital Trade pula, kata Perdana Menteri, berperanan untuk memacu e-Dagang dan adaptasi digital oleh perniagaan serta memudahkan perdagangan merentas sempadan, selaras dengan Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan (NESR).
“Program DE Rantau bertujuan menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan di rantau ini melalui peningkatan penggunaan digital, mobiliti profesional digital dan aktiviti pelancongan di seluruh negara.
“Digital Trade pula bertujuan untuk menyokong pergerakan data yang lancar antara perniagaan untuk meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kebolehpercayaan transaksi merentas sektor dan industri,” katanya lagi.
Menerusi penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Ismail Sabri berkata, program berkenaan akan dapat mempermudah jangkauan yang lebih luas ke pasaran global, sekali gus memberi manfaat besar kepada perniagaan tempatan khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut mengumumkan enam syarikat kelompok pertama yang menerima status MD iaitu - Bytedance System Sdn Bhd, Bridge Data Centres Malaysia (III) Sdn Bhd. GDS IDC Services (Malaysia) Sdn Bhd, Abbott Laboratories (Malaysia) Sdn Bhd, Aceteam Connect Sdn Bhd , dan Peninsula Apex Technologies Sdn Bhd.
Firdaus Azil
Mon Jul 04 2022

Ismail Sabri hadir merasmikan Malaysia Digital, yang dahulunya dikenali sebagai MSC Malaysia, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara, pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.

MDEC tekankan tiga bidang penting dalam fokus ekonomi digital Islam
Syed Ibrahim berkata, ini telah dirancang dengan strategik untuk memudahkan ekosistem tersebut berkembang maju.

Permohonan geran MDAG 2023 kini sudah dibuka
Permohonan untuk Malaysia Digital Acceleration Grant (MDAG) 2023, kini dibuka bermula hari ini hingga 28 Julai.

Malaysia Digital pacu ekonomi digital negara - Annuar Musa
Malaysia Digital merupakan satu fasa baharu untuk memacu ekonomi digital negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Ekonomi digital negara dijangka lepasi 25 peratus KDNK menjelang 2025 - PM
Pada 2021 sahaja, sektor ekonomi digital telah mencapai 22.6 peratus KDNK.

Pelaksanaan Malaysia Digital diselaras di peringkat tertinggi kerajaan - PM
Tadbir urus dan strategik pelaksanaan Malaysia Digital (MD) akan diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan.

Inisiatif Malaysia Digital letak negara di saf hadapan sektor ekonomi digital - Annuar
Malaysia Digital adalah program di agensi peneraju ekonomi digital negara, MDEC yang dipertingkat bagi menggantikan MSC Malaysia yang telah wujud selama 25 tahun.

MSC Malaysia dijenamakan semula sebagai Malaysia Digital
MSC Malaysia perlu berkembang berikutan peralihan pantas norma sosio-ekonomi sebagai tindak balas kepada kemajuan teknologi digital.