JAKARTA: Pelaksanaan memorandum persefahaman bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (MoU PDI) di Malaysia yang termeterai, perlu kerjasama berterusan Malaysia dan Indonesia.
MoU PDI yang ditandatangan kedua negara semalam (1 April) merupakan satu hari yang bersejarah memandangkan perjanjian itu telah tamat sejak 2016.
Hasil perbincangan intensif yang didorong Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan rakan sejawat Indonesia, Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah berjaya dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan.
Perkembangan terbaru ini menunjukkan Malaysia sentiasa komited untuk memastikan aspek pengambilan dan perlindungan pekerja khususnya warga Indonesia adalah sentiasa terjamin dan kebajikan mereka terpelihara.
Meskipun pelbagai inisiatif termasuk pelaksanaan One Channel System dipersetujui dua negara di dalam MoU, Malaysia hanya boleh memantau pekerja yang datang secara sah, kata Saravanan.
"Sekiranya mereka datang secara tidak sah melalui lorong tikus atau sebagai pelancong kemudian bekerja, susah untuk kita mengawalnya," kata beliau.
Justeru, sokongan Jakarta dalam memastikan tiada pekerja yang masuk melalui sistem yang tidak sah amat diperlukan, Saravanan memahami perkara itu tidak dapat dikawal 100 peratus tetapi tindakkan lebih tegas dan efektif harus diambil.
"Kita telah membuktikan keikhlasan tetapi tidak boleh hanya bergantung kepada kita, negara-negara sumber turut memainkan peranan," katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.
Butiran lain dalam MoU itu adalah kos membawa masuk PDI ditetapkan di bawah RM15,000 dan akan dikaji setiap tiga bulan serta pelaksanan sistem e-wages untuk pemantauan pembayaran gaji yang setiap majikan perlu membayar gaji sebelum 7 hari bulan setiap bulan.
Seorang PDI ditetapkan untuk berkhidmat bagi isi rumah tidak melebihi enam orang, caruman melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan yang terbaru, pelaksanaan kursus induksi untuk mendidik pekerja agar memahami hak mereka dan mengelakkan penganiayaan.
Pekerja juga dibekalkan aplikasi khas, Working for Workers yang membolehkan mereka menyuarakan aduan seperti tempat tinggal, makanan dan hak mereka, tanpa perlu hadir secara fizikal ke Pejabat Tenaga Kerja.
Saravanan turut menjelaskan Malaysia komited menangani isu termasuk Buruh Paksa dengan meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada 21 Mac.
Sebagai ahli, Malaysia sentiasa mengambil langkah yang berkesan untuk mencegah dan menghapuskan penggunaan buruh paksa, memberikan perlindungan kepada mangsa, akses kepada remedi yang sesuai dan berkesan seperti pampasan serta menyekat pelaku buruh paksa.
"Ini menunjukkan Malaysia cukup komited untuk semua sektor, semua negara," katanya
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jokowi yang mahu kesepakatan dalam MoU PDI dilaksanakan dengan baik dan berharap ia merangkumi sektor lainnya antara kedua negara.
"Di peringkat awal perbincangan dengan Indonesia, mereka kurang selesa. Tetapi hari ini Malaysia diyakini sebagai negara yang melindungi pekerja," katanya.
Susulan MoU yang temeterai, Saravanan menjangkakan Indonesia akan menghantar 10,000 pekerja dalam masa sebulan, berkemungkinan selepas bulan puasa.
Satu jawatankuasa khas yang diketuai ketua setiausaha kementerian kedua-dua negara akan turut bermesyuarat tiga bulan sekali untuk memantau pelaksanaan MoU yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Merdeka.
Ismail Sabri dijangka berlepas pulang ke tanah air hari ini, menamatkan lawatan kerja di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022

Hasil perbincangan intensif yang didorong Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan rakan sejawat Indonesia, Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah berjaya dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes babitkan pekhidmat domestik Indonesia akan dikaji semula - Zambry
Beliau turut memberi jaminan bahawa Malaysia akan terus bekerjasama dengan Indonesia bagi memastikan pengambilan dan perlindungan PDI adalah berlandaskan undang-undang negara sedia ada.

Pekhidmat Indonesia dibayar ikut kadar gaji minimum negara masa ini - Saravanan
Gaji bagi pekhidmat domestik Indonesia akan dibayar tidak kurang daripada gaji minimum yang sedang terpakai di negara ini.

Pembantu rumah: Malaysia, Indonesia setuju bincang MoU pengambilan dan perlindungan PDI
Kata sepakat itu dibuat di akhir perbincangan antara kedua-kedua negara yang diadakan secara maya semalam bagi memuktamadkan MOU PDI di Malaysia.