Kementerian Pertahanan menafikan dakwaan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz bahawa terdapat sebuah syarikat yang terdiri daripada tiga individu mengawal pelaksanaan projek oleh kementerian itu mengikut kaedah 'land swapping'.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, kementerian itu berkata dakwaan Rafidah bahawa keseluruhan tanah Persekutuan yang diguna pakai Kementerian Pertahanan dipindah milik kepada syarikat dimiliki tiga individu itu juga adalah tidak benar.
"Lantikan syarikat bagi melaksanakan projek pembangunan di bawah Kementerian Pertahanan termasuk kaedah penswastaan secara 'land swap' adalah mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)," kata kementerian itu.
Kenyataan itu menyebut setiap projek pembangunan dilaksanakan oleh syarikat yang berlainan dan tidak mempunyai sebarang kaitan antara satu sama lain.
Menurut kenyataan itu, setiap projek pembangunan melalui kaedah penswastaan secara 'land swap' yang dilaksanakan kementerian perlu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat jawatankuasa kementerian dan jawatankuasa UKAS sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan prinsip.
"Setelah kelulusan prinsip diperoleh, cadangan projek pembangunan tersebut perlu mendapat perakuan daripada Jawatankuasa UKAS yang dipengerusikan Ketua Pengarah UKAS dan Jawatankuasa Tertinggi Awam Swasta yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara.
"Proses ini melalui pelbagai peringkat dan saringan sebelum dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk diteliti satu persatu sebelum kelulusan pelaksanaan," kata kementerian itu.
Menurut kenyataan itu, tanah-tanah Kementerian Pertahanan yang terlibat dengan kaedah 'land swapping' dilaksanakan setelah mendapat persetujuan 'end user' seperti Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Pertimbangan penempatan kem-kem mengambil kira lokasi strategik, keselamatan kem, kesesuaian dengan tugas-tugas operasi serta keselamatan penduduk. Kem-kem perlu ditempatkan semula di kawasan-kawasan yang sesuai," kata kenyataan itu.
Sabtu lalu, Rafidah menerusi 'Surat Terbuka Untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak' yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, menyatakan perdana menteri selaku menteri pertahanan pada 2008 telah mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah ATM kepada sebuah syarikat milik tiga individu dan telahpun diluluskan serta dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 10 2018
![Pelaksanaan projek Kementerian Pertahanan ikut prosedur Pelaksanaan projek Kementerian Pertahanan ikut prosedur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523378053_MINDEF.jpg)
Kenyataan itu menyebut setiap projek pembangunan dilaksanakan oleh syarikat yang berlainan dan tidak mempunyai sebarang kaitan antara satu sama lain.
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
![Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
![Subsidi diesel, MAHB: UMNO adakan jelajah penerangan isu semasa - Azalina Subsidi diesel, MAHB: UMNO adakan jelajah penerangan isu semasa - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905942_AzalinaOthman.jpg)
Subsidi diesel, MAHB: UMNO adakan jelajah penerangan isu semasa - Azalina
UMNO semalam mengadakan program jelajah penerangan bertujuan memastikan ahli parti itu mendapat maklumat sahih dan tepat berkaitan isu semasa.
![PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714189724_TBPenamaanCalon.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
![KL PodFest 2024 dijangka dimeriahkan 3,500 pengunjung KL PodFest 2024 dijangka dimeriahkan 3,500 pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706878617_tbKLPodFest.jpg)
KL PodFest 2024 dijangka dimeriahkan 3,500 pengunjung
Penganjuran KL PodFest 2024 selama dua hari bermula esok di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJ PAC), dijangka dimeriahkan oleh 3,500 pengunjung.
![Suara Anak Madani platform bincangkan suara rakyat Suara Anak Madani platform bincangkan suara rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701442506_ForumSetahunAnak.jpg)
Suara Anak Madani platform bincangkan suara rakyat
Program bual bicara Suara Anak Madani ini akan membincangkan isu-isu semasa bersama tetamu-tetamu jemputan yang berlatarbelakangkan dunia politik dan pentadbiran kerajaan.
![Belanjawan 2024: Peruntukan khusus perlu untuk pacu pendigitalan pendidikan Belanjawan 2024: Peruntukan khusus perlu untuk pacu pendigitalan pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644246629_teknologi.jpg)
Belanjawan 2024: Peruntukan khusus perlu untuk pacu pendigitalan pendidikan
Guru perlu dilengkapkan dengan kemahiran pedagogi berteraskan teknologi maklumat.
![[KOLUMNIS] Inisiatif microcredental HRD Corp dan salah faham [KOLUMNIS] Inisiatif microcredental HRD Corp dan salah faham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656223348_TBHRDCorp.jpg)
[KOLUMNIS] Inisiatif microcredental HRD Corp dan salah faham
Kononnya berlaku salah faham dalam kalangan pemegang taruh berkaitan terutamanya pihak majikan terhadap perlaksanaan program tersebut yang telah ditetapkan bermula 15 Ogos nanti.
![Komen babitkan misi asing yang kini tular adalah tidak benar - Jurucakap Komen babitkan misi asing yang kini tular adalah tidak benar - Jurucakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/81553792842_socialmedia.jpg)
Komen babitkan misi asing yang kini tular adalah tidak benar - Jurucakap
Kedutaan Jerman dan Suruhanjaya Tinggi Britain dalam kenyataan balas secara berasingan kepada Bernama, berkata tiada kakitangan dengan nama yang kini tular, bekerja dengan misi itu.
![Program Wacana Al-Quran kupas isu semasa berlandaskan ayat al-Quran Program Wacana Al-Quran kupas isu semasa berlandaskan ayat al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602469508_DatukDrHussamuddin.jpg)
Program Wacana Al-Quran kupas isu semasa berlandaskan ayat al-Quran
Program berkenaan yang bersiaran selama satu jam bermula pada 6 petang itu akan tampil dengan episod sulungnya 19 Oktober ini.
!['Macam artis illuminate... - Muat naik foto tutup sebelah mata, netizen back up Heliza Helmi 'Macam artis illuminate... - Muat naik foto tutup sebelah mata, netizen back up Heliza Helmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71574647202_heliza_1.jpg)
'Macam artis illuminate... - Muat naik foto tutup sebelah mata, netizen back up Heliza Helmi
Foto tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pengikut yang tidak faham dengan tindakan Heliza.
![Papagomo ditahan kerana siar kenyataan berbaur hasutan Papagomo ditahan kerana siar kenyataan berbaur hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81543556695_Papagomo.jpg)
Papagomo ditahan kerana siar kenyataan berbaur hasutan
Penahanan Blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dibuat kerana tindakannya menyiarkan kenyataan-kenyataan menerusi video berbaur hasutan.