PUTRAJAYA: Cadangan pelaksanaan Putrajaya Sihat Sejahtera di bawah Inisiatif Nasional Malaysia Sihat (ANMS) menjelang 2030, telah dikemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet ANMS Bil 1/2024, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet ANMS berkata cadangan itu telah menarik perhatian beliau, susulan statistik kadar obesiti, kurang melakukan aktiviti fizikal dan paras kolesterol dalam darah bagi penduduk di Putrajaya, melebihi kadar populasi nasional.
Ahmad Zahid berkata antara objektif pelaksanaan program yang memfokuskan kepada penjawat awam itu ialah meningkatkan literasi kesihatan, meningkatkan penglibatan penjawat awam dalam aktiviti pembudayaan hidup sihat termasuk saringan kesihatan dan meningkatkan amalan kebersihan persekitaran.
Pada 2022, Jabatan Perangkaan (DOSM) melaporkan 16.1 peratus punca kematian di Putrajaya ialah penyakit jantung iskemik, diikuti 10 peratus pneumonia iaitu jangkitan kuman atau radang paru-paru dan 5.2 peratus penyakit serebrovaskular (angin ahmar/strok).
Berkongsi kerangka pelaksanaan Putrajaya Sihat Sejahtera, Ahmad Zahid berkata program yang dicadangkan untuk tempoh enam tahun bermula tahun ini, akan diadakan di tempat kerja penjawat awam sama ada di kementerian, jabatan atau agensi kerajaan.
Beliau berkata ANMS merangkumi aspek tingkah budaya hidup sihat antaranya hidup aktif, persekitaran yang menyokong, pemakanan sihat dan minda sihat, manakala strategi pula melibatkan literasi kesihatan, intervensi kesihatan dan pengiktirafan.
"Saya berharap agar ANMS berupaya membentuk rakyat negara ini dalam membudayakan cara hidup sihat, sebagai benteng utama bagi mencegah pelbagai penyakit, seterusnya mengekalkan kesejahteraan kesihatan sesuai dengan hasrat kerajaan yang terkandung dalam Konsep Malaysia MADANI," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata dua perkara lain turut dikemukakan dalam kertas pertimbangan pada mesyuarat itu iaitu, pemberian geran pasukan Ejen Kesihatan Komuniti Malaysia (MyCHAMPION) di bawah agenda ANMS dan laporan pencapaian inisiatif ANMS.
ANMS yang dilancarkan pada 11 Nov, 2022 itu, berteraskan kepada empat objektif iaitu mempromosi pembudayaan hidup sihat untuk meningkatkan kesejahteraan kesihatan; menyediakan persekitaran menyokong kesejahteraan kesihatan; memperkasakan individu dan komuniti dalam kawalan kesihatan kendiri; serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan untuk mencapai kesejahteraan kesihatan.
Beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan pelaksanaan inisiatif Promosi Kesihatan ANMS Fasa Kedua (2023-2035), yang menumpukan kepada beberapa agenda antaranya aktiviti promosi, pengukuhan infrastruktur, meningkatkan solidariti rakan strategik serta komuniti, bagi melahirkan rakyat yang sihat sejahtera melalui Kempen Promosi Kesihatan Nasional dan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS).
ZAHID-PUTRAJAYA 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
"Semasa mesyuarat, saya turut menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan turut memberi tumpuan kepada agenda meningkatkan kualiti kesihatan rakyat. Komitmen ini diterjemah menerusi Belanjawan 2024 yang memperuntukkan RM30 juta bagi melaksanakan inisiatif ANMS, meliputi Kempen Promosi Kesihatan Nasional, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan, Wellness Hub dan sebagainya," katanya.
Untuk menjayakan agenda yang telah dirancang bagi mencapai objektif memastikan kesejahteraan kesihatan rakyat Malaysia, beliau berkata semua rakan strategik termasuk kementerian, jabatan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) di semua peringkat, telah bersedia memberikan komitmen padu bagi melaksanakan inisiatif ANMS Fasa Kedua.
Ahmad Zahid berkata semua kementerian akan menyenaraikan inisiatif yang menyokong ANMS dan menjadikan ANMS sebagai agenda dalam kalendar tahunan kementerian masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024

Cadangan pelaksanaan Putrajaya Sihat Sejahtera di bawah ANMS menjelang 2030, telah dikemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet ANMS Bil 1/2024, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail/BERNAMA

Rompakan kedai emas: Polis teliti rakaman CCTV, empat saksi beri keterangan setakat ini
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan tersebut, dengan dua memasuki premis dan seorang menunggu dalam kereta.

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Lebih 50 peratus dewasa dijangka obes menjelang 2050 - Kajian
Unjuran itu dibuat dalam kajian global yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, yang menganalisis data dari lebih 200 negara.

Hakim Jepun Yuji Iwasawa dilantik sebagai Presiden ICJ
Yuji Iwasawa, yang berkhidmat sebagai hakim ICJ sejak Jun 2018, akan memegang jawatan itu sehingga 5 Februari 2027.

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia
Perdana Menteri akan melawat Bazar bagi melihat harga dan kualiti makanan
Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.
#AWANInews
#AWANInews

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Gandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025
Perdana Menteri mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025. Ini termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri sentiasa mencukupi.
#AWANInews
#AWANInews
Elakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan
Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang
#AWANInews
#AWANInews

Pelaksanaan Putrajaya Sihat Sejahtera dikemuka dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet ANMS - Ahmad Zahid
Cadangan pelaksanaan Putrajaya Sihat Sejahtera di bawah Inisiatif Nasional Malaysia Sihat (ANMS) menjelang 2030, telah dikemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet ANMS Bil 1/2024.