TANJUNG MALIM: Pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) dilihat mampu menangani masalah keciciran pelajar dalam kalangan Orang Asli.
Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kerajaan sentiasa menitikberatkan pendidikan masyarakat Orang Asli melalui pelbagai inisiatif yang dilakukan termasuklah pelaksanaan K9.
"Pada saya kita tidak perlu membina asrama baharu untuk pelaksanaan K9. Pada peringkat permulaan, kita boleh menggunakan bilik darjah atau bangunan sedia ada dan menyediakan guru dan peralatan yang lengkap
"Jadi, saya melihat pelaksanaan K9 ini adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan masalah keciciran murid Orang Asli," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sebuah televisyen pintar untuk 'Smart Classroom Solution' yang disumbangkan oleh Sharp Malaysia di Sekolah Kebangsaan Jernang di sini hari ini.
Mah berkata menerusi model K9, murid Orang Asli perlu menghabiskan masa sembilan tahun di sekolah sama bagi mengikuti pembelajaran bermula tahun satu hingga tingkatan tiga dengan asrama harian disediakan bagi mereka yang tinggal jauh dari sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022

Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Dr Mah Hang Soon ketika sidang media selepas majlis penyerahan sebuah televisyen pintar untuk 'Smart Classroom Solution' yang disumbangkan oleh Sharp Malaysia di Sekolah Kebangsaan Jernang hari ini. - Foto BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Pelaksanaan sekolah model khas mampu tangani murid Orang Asli dari tercicir
Pelaksanaan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun ( K9) dilihat mampu menangani masalah keciciran pelajar dalam kalangan Orang Asli.