PASIR SALAK: Pelaksanaan subsidi bersasar pada masa akan datang seperti yang dipertimbangkan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pelaburan asing dalam negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul berkata pelaksanaan itu sekiranya dilakukan tidak memberi kesan kepada pelaburan asing berikutan pelabur telah melabur dalam jangka masa panjang.
Beliau berkata pelabur lebih memberi fokus kepada polisi serta dasar negara yang konsisten sebelum membuat keputusan untuk membuat pelaburan dalam negara ini.
"Contohnya saya sebut sektor semikonduktor, yang bermula pada tahun 70-an, kini sudah 50 tahun dan itulah fokus bagi pelabur kita untuk melihat bagaimana dasar-dasar, polisi negara kalau konsisten mereka akan melabur.
"Dari segi kos kita masih lagi rendah berbanding negara lain kerana kebanyakan syarikat tidak dapat subsidi bersasar. Oleh itu, walaupun subsidi itu ditarik untuk syarikat besar, mereka dan juga pelabur akan membandingkan kita dengan negara lain, dan negara kita masih lagi menarik dari segi kos," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ihya Ramadhan dan Iftar Perdana di Masjid Jamek Al Ansar, Felcra Changkat Lada dekat sini hari ini.
Terdahulu, Tengku Zafrul menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan bakal jemaah haji pada majlis tersebut.
Sementara itu, mengulas berkenaan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea (MKFTA), beliau berkata kedua-dua pihak akan memulakan perbincangan di peringkat pegawai pada Mei depan.
"Kita bersetuju untuk memulakan rundingan sekali lagi kerana pada 2019 terdapat isu-isu yang kita rasa tidak berpihak kepada kita.
"Sebelum rundingan semula ini dilaksanakan, Korea Selatan telah bersetuju untuk beri pertimbangan dan memahami isu-isu sensitif terutama dalam sektor yang kita rasa penting dalam negara. Mungkin lepas mesyuarat Mei ini saya boleh maklumkan semula," katanya.
Pada 26 Mac, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan memaklumkan Malaysia dan Korea Selatan menyambung semula MKFTA yang dijangka mampu meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala antara kedua-dua negara.
Menurut MITI, kedua-dua negara turut menyertai Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-Korea dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.
Mengulas berkaitan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam negara, Tengku Zafrul berkata perbincangan beliau dengan pihak industri mendapati mereka yakin dapat mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini dan membina lebih banyak stesen pengecas atas faktor permintaan yang tinggi.
"Saya cuba pastikan kita dapat mencapai sasaran (yang ditetapkan)," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Tengku Zafrul berkata MITI akan meneliti semula sasaran 10,000 stesen pengecas EV beroperasi di negara ini menjelang 2025 seperti yang ditetapkan sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
![Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711899131_ZafrulPasirSalak.jpg)
Tengku Zafrul (tengah) bercakap kepada media pada Majlis Ihya Ramadan dan Iftar Perdana di Masjid Jamek Al Ansar Felcra Changkat Lada hari ini. - Gambar Bernama
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Pengeluaran Proton e.MAS 7 ditambah sehingga 6,000 unit, permintaan meningkat Pengeluaran Proton e.MAS 7 ditambah sehingga 6,000 unit, permintaan meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737468175_ProtoneMAS.jpg)
Pengeluaran Proton e.MAS 7 ditambah sehingga 6,000 unit, permintaan meningkat
Proton sebelum ini menyasarkan 3,000 unit pengeluaran dalam tempoh enam bulan, namun ia telah melepasi sasaran itu dalam masa kurang sebulan.
![Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736979745_Electricvehiclese.jpg)
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
![163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil 163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735082094_BYD.jpg)
163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Para pekerja tersebut telah diupah oleh sebuah syarikat lain di China sebelum dibawa ke Brazil secara tidak sah.
![Chery yang pertama terima pengesahan SIRIM untuk bateri kereta elektrik Chery yang pertama terima pengesahan SIRIM untuk bateri kereta elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734909232_tbCheryMalaysia.jpg)
Chery yang pertama terima pengesahan SIRIM untuk bateri kereta elektrik
Dengan persijilan SIRIM, kenderaan elektrik Chery disahkan hadir dengan bateri yang diyakini selamat serta melepasi kualiti tinggi.
![Peralihan kenderan rasmi kerajaan kepada EV dilaksana berperingkat - Nik Nazmi Peralihan kenderan rasmi kerajaan kepada EV dilaksana berperingkat - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734437265_NikNazmiEVDCFC.jpg)
Peralihan kenderan rasmi kerajaan kepada EV dilaksana berperingkat - Nik Nazmi
Peralihan kenderaan rasmi kerajaan kepada kenderaan elektrik (EV) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
![300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf 300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734102491_AbRaufYusoh.jpg)
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
![Zeekr, jenama EV premium dilancar secara rasmi, harga RM155k - RM360K Zeekr, jenama EV premium dilancar secara rasmi, harga RM155k - RM360K](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733619277_TBzeekr.jpg)
Zeekr, jenama EV premium dilancar secara rasmi, harga RM155k - RM360K
MPV mewah 009 dan kenderaan utiliti sukan X memulakan perjalanan Zeekr di negara ini bersama pemegang francaisnya Sentinel Automotive Sdn Bhd.
![Negeri Sembilan komited bangunkan petak pengecasan EV Negeri Sembilan komited bangunkan petak pengecasan EV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713955324_TBcaskete.jpg)
Negeri Sembilan komited bangunkan petak pengecasan EV
Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk membangunkan petak pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negeri ini.
![1500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025 1500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732682359_LiewChinTong.jpg)
1500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025
Liew berkata, langkah itu dilakukan memandangkan pengecas DC mampu mengecas kenderaan EV dengan pantas.
![Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713955324_TBcaskete.jpg)
Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.