SEPANG: Tarikh pelaksanaan penyasaran semula diesel akan diputuskan selepas kerajaan meneliti dapatan projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) yang bermula hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya menjangkakan ia dapat dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan akan memuktamadkan tarikh pelaksanaannya selepas dapatan itu dibentangkan kepada Kementerian Kewangan dan Kabinet.
Menurutnya, projek rintis itu dijangka dapat memberi maklum balas dan analisis yang tepat kepada kementeriannya dalam memperkemas mekanisme penyasaran semula subsidi diesel.
"Setakat ini tarikh pelaksanaannya belum diputuskan. (Namun) kita menyasarkan pada suku kedua tahun 2024 dan kita mengharapkan dapat lengkapkan tarikh projek rintis ini sehingga 31 Mac ini.
"Dengan adanya dapatan tersebut, kita boleh bincang dengan Kementerian Kewangan dan memaklumkan kepada Kabinet," katanya kepada pemberita ketika Pelaksanaan Fleet Card Sektor Barangan SKDS 2.0 di Stesen Minyak EXQ (Petronas) Jalan Terminal KLIA Sepang, di sini, pada Khamis.
KPDN merintis usaha untuk menguji Sistem MySubsidi Diesel yang akan diguna pakai bersama Sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak dalam pelaksanaan penyasaran subsidi kelak.
Kaedah itu adalah di bawah SKDS 2.0 membabitkan syarikat pengangkutan barangan.
Sejumlah enam syarikat perintis telah menerima Fleet Card melalui pilihan syarikat minyak
masing-masing.
Mengulas lanjut, Armizan menjelaskan pihaknya tidak perlu menunggu sehingga tarikh projek rintis itu selesai, sebaliknya penambahbaikan dan tindakan boleh diambil serta-merta.
Beliau menambah, KPDN juga berhasrat untuk mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya sistem SKDS 2.0 itu diperluaskan kepada syarikat-syarikat lain, selepas melihat kepada hasil projek rintis itu dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.
Menurutnya, secara keseluruhan, sebanyak 3,792 stesen minyak terlibat dalam projek rintis SKDS 2.0 yang boleh digunakan oleh syarikat perintis bergantung kepada laluan kenderaan syarikat masing-masing di seluruh semenanjung Malaysia.
"Usaha rintis ini dijangka dapat memberi maklum balas dan analisis yang tepat kepada kementerian dalam memperkemas mekanisme bagi penyasaran semula subsidi diesel.
"Selain itu, langkah awal ini juga dapat menguji keberkesanan Sistem MySubsidi Diesel dan juga sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak sebelum dilaksanakan kepada keseluruhan industri," ujarnya.
Mekanisme penggunaan Fleet Card ini adalah antara usaha kerajaan untuk beralih daripada Sistem Analog Skid Tank kepada Fleet Card dalam memastikan subsidi secara bersasar dapat dilaksana secara bersepadu selain dapat memastikan kes ketirisan dan penyeludupan pada tahap yang paling minimum.
Umavathi Ramayah
Thu Feb 01 2024
Armizan berkata, pihaknya menjangkakan ia dapat dilaksanakan pada suku kedua tahun ini. - Gambar/ Astro AWANI
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel
Kumpulan penentang Palestin, Hamas pada Ahad menyifatkan penubuhan sebuah pakatan melibatkan beberapa negara bagi menyelaraskan tindakan perundangan, diplomatik dan ekonomi terhadap pencabulan undang-
Anggota APMM disiasat dan direhatkan
Jelasnya, selepas beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mereka bersetuju agar anggota yang sedang disiasat akan direhatkan.
Siasatan menjurus kepada kes lebih serius
Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan siasatan insiden tembakan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu melibatkan siasatan penyeludupan dadah dan senjata.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
Dua lelaki didakwa bunuh warga emas dan anak angkat di Alor Setar
Dua lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dalam kejadian kebakaran di Alor Setar yang dipercayai bermotifkan dendam.
Penganggur dipercayai bunuh Ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang dipercayai membunuh ibu kandungnya dalam kejadian di Pangsapuri Seri Orkid, Butterworth pada Jumaat lalu direman selama tujuh hari.
SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
KPDN menambah lima barangan baharu dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.
Musim perayaan: Diskaun servis kereta hingga 30 peratus di Petronas AutoExpert - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited memperkenalkan Servis Ihsan MADANI@ Petronas AutoExpert atau SIM@PAX.
Isu sandwic ham: Henti spekulasi, jangan beri tekanan - Armizan
Armizan menegaskan bahawa siasatan akan dilakukan secara telus dan menyeluruh, termasuk oleh Jabatan Kimia dan pelbagai proses lain.
Lebih 3,600 laman sesawang sebar cetak rompak disekat - Armizan
Sebanyak 3,682 laman sesawang haram yang menyebarkan kandungan cetak rompak seperti filem dan muzik popular disekat dari 2021 hingga November 2024.
Kerajaan perkenal semula zon khas jual barangan tanpa subsidi di kawasan sempadan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah itu bertujuan mengurangkan penyeludupan barangan bersubsidi ke negara jiran.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
Tan Sri ldrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 25 Nov.
Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan
Sebanyak 2,206 kes berkaitan salah guna barang kawalan diesel dicatatkan sejak Januari 2022 hingga Oktober lalu.
KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bermula hari ini sejajar pelaksanaan SSPA
KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).