Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memerlukan masa, sekurang-kurangnya setahun setengah untuk melaksanakan keputusan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019, kata pengerusinya Azhar Azizan Harun.
Jelasnya, pindaan yang merangkumi penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, pendaftaran pengundi secara automatik dan menurunkan had umur calon bertanding pilihan raya itu melibatkan banyak perkara yang perlu dipersiapkan terlebih dahulu sebelum menetapkan tarikh penguatkuasaannya.
“Undang-undang ada tarikh berkuat kuasa. Untuk pindaan ini, belum ada tarikh berkuat kuasa. Jadi, ia belum lagi berkuat kuasa.
“Sehingga ke tarikh berkuatkuasanya pindaan tersebut, pendaftaran masih perlu dibuat secara konvensional. Had umur mengundi juga masih 21 tahun,” katanya pada sidang media selepas forum 'Make A Change Let’s Do It Together' anjuran SPR di sini hari ini.
Antaranya, kata Azhar, SPR perlu mewujudkan sistem yang diperlukan terlebih dahulu serta hal-hal berkaitan sumber manusia dan kewangan.
Selain itu, masalah alamat pengundi juga perlu diselesaikan memandangkan pendaftaran automatik adalah mengikut alamat pada kad pengenalan, dan ada alamat yang sudah tidak lagi wujud hari ini.
“SPR perlu data dari sekurang-kurangnya tiga agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara dan Kementerian Kesihatan, juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
"Data itu perlu diselaraskan dengan sistem SPR. Kena wujudkan dulu sistem.
“Apabila tahap kesediaan sudah capai 100 peratus, maka pada masa itu saya rasa pihak yang terlibat akan menentukan tarikh kuat kuasa. Kemudian, kita akan wartakan,” katanya.
Azhar berkata demikian ketika salah seorang panel forum ‘Berubah Lapan Belas: Antara Trend, Kematangan dan Tanggungjawab’ yang turut disertai Ahli Parlimen Padang Besar, Shahar Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari, Young Syefura Othman.
Pada majlis itu juga, SPR melancarkan MySPR Daftar, sistem atas talian yang memudahkan warganegara Malaysia mendaftar sebagai pengundi pada bila-bila masa di mana sahaja.
Rakyat Malaysia yang layak dan masih belum mendaftar boleh berbuat demikian di laman web MySPR Daftar – https://mysprdaftar.spr.gov.my
Israr Khalid
Thu Jul 18 2019

Azhar ketika bercakap sebagai salah seorang ahli panel forum 'Make A Change, Lets Do It Together' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 18 Julai, 2019. --fotoBERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Daftar pemilih tambahan Januari 2023 dibuka untuk semakan - SPR
DPT BLN1/2023 mengandungi 39,604 nama warganegara berumur 18 tahun ke atas bagi tempoh 1 hingga 31 Jan yang didaftarkan secara automatik.

DUN Sabah tidak akan terbubar automatik - Speaker
Speaker menyangkal dakwaan pihak tertentu mengatakan ada risiko pembubaran DUN secara automatik jika tiada persidangan dibuat sebelum 1 Ogos 2021.

MEF cadang moratorium pinjaman automatik tanpa perlu permohonan
MEF turut berharap kemudahan untuk moratorium pinjaman tidak terjejas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor.

Moratorium: Kelulusan automatik bagi permohonan peminjam terjejas semua peringkat termasuk B40
Kelulusan secara automatik bagi permohonan moratorium serta pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus akan diberi oleh bank kepada golongan yang terjejas.

Kuat kuasa undi 18 tahun pada PRU15 - Pemuda Gerakan
Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Wong Chia Zhen berkata penguatkuasaan tersebut termasuk pendaftaran pemilih secara automatik.

Perbaiki proses undi pos antara tumpuan SPR - Azmi
Sebuah jawatankuasa khusus diketuai Ahli SPR Datuk Chin Phaik Yoong sedang mengkaji perkara berkenaan terutamanya dalam menyelesaikan pelbagai isu undi pos.

Kanak-kanak lelaki enam tahun terperangkap dalam kereta
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terperangkap kira-kira 30 minit di dalam sebuah kereta selepas kenderaan itu terkunci sendiri ketika ibunya keluar ke rumah jiran.

SPR, JPN tubuh pasukan petugas khas selaras undi 18 tahun
Jawatankuasa itu bertindak menyelaraskan maklumat warganegara dan perkara lain yang berkaitan.

Pelaksanaan undi 18 tahun, pendaftaran automatik perlu masa - SPR
Pengerusinya, Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa banyak perkara perlu dilakukan sebelum pihak terlibat sebulat suara untuk tentukan tarikh pelaksanaannya.

PH setuju anak muda umur 18 tahun berhak undi, didaftarkan secara automatik
Perdana Menteri memberitahu pemberita selepas mesyuarat majlis presiden PH itu di sini hari ini bahawa turut dipersetujui ialah pendaftaran pengundi berumur 18 tahun secara automatik.