KUALA LUMPUR: Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) yang diperkenalkan pada November 2020 bagi membolehkan orang awam berniaga secara kecil-kecilan di kawasan yang sesuai di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan perlu dipertimbangkan semula agar menepati matlamat sebenar.
Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata ini berikutan terdapat sebilangan peniaga dan penjaja didakwa mengambil kesempatan menjalankan perniagaan di lokasi yang tidak dibenarkan seperti di tepi jalan atau kaki lima sehingga menghalang lalu lintas.
"Ini sekali gus menyebabkan ketidakselesaan masyarakat setempat. Kami minta supaya sekiranya ada permohonan yang ingin berniaga di bawah WBB, hentikan dahulu dan tidak perlu dibuka lagi tawarannya.
"Kami terima banyak aduan ... oleh kerana gerai diletakkan di kawasan kaki lima, orang awam terpaksa lalu di jalan raya sekali gus merisikokan keselamatan masing-masing," katanya kepada Bernama.
Rosli berkata WBB pada asalnya bertujuan untuk membantu mereka yang hilang pendapatan akibat pandemik COVID-19, dengan memberi mereka ruang berniaga secara percuma.
Bagaimanapun mengambil kira keadaan ekonomi yang semakin pulih, beliau berkata inisiatif itu perlu dikaji semula dengan menetapkan had tertentu apatah lagi selepas ada dakwaan peniaga dan penjaja mengambil kesempatan.
"...daripada meluluskan lagi permohonan peniaga di bawah WBB, adalah lebih baik untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjaga kebaikan peniaga sedia ada yang sememangnya menjadikan perniagaan sebagai punca pendapatan utama mereka," kata Rosli.
Turut senada, Presiden Persatuan Usahawan Food Truck Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KLFTEA) Muhammad Azlan Abas yang mengakui terdapat kekeliruan dalam istilah bebas berniaga di bawah WBB.
"Istilah WBB yang dimaksudkan adalah berniaga di kawasan yang dibenarkan, bukan kawasan pejalan kaki atau kaki lima. Bagaimana jika ada orang awam yang tercedera?
"Justeru bagi mengatasi lambakan penjaja dan peniaga ini, proses pemantauan dan penguatkuasaan daripada DBKL perlu dilaksanakan segera. Mungkin DBKL boleh mengadakan perbincangan dengan peniaga atau penjaja untuk menentukan lokasi yang sesuai agar tidak jadi seperti dahulu (berniaga di mana-mana sahaja)," katanya.
Pada masa sama, Muhammad Azlan berharap persatuan peniaga dapat diperkasakan bagi membantu DBKL memantau penjaja dan peniaga supaya perniagaan dijalankan di lokasi yang lebih teratur.
"Kami bukanlah penguat kuasa tetapi elemen yang boleh membantu penguatkuasaan dan apabila ada pengiktirafan ini, ia akan mengukuhkan kedudukan persatuan di mata peniaga.
"Contoh, persatuan boleh mengesyorkan kepada DBKL untuk membatalkan lesen sekiranya peniaga atau penjaja tidak ikut peraturan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023
Wilayah Bebas Berniaga pada asalnya bertujuan membantu mereka yang hilang pendapatan akibat pandemik COVID-19, dengan memberi mereka ruang berniaga secara percuma. - Gambar fail BERNAMA
TikTok kembali beroperasi selepas Trump mahu pengguna saksikan pelantikannya
TikTok kembali beroperasi di AS selepas Donald Trump berkata bahawa pengguna "berhak untuk menyaksikan pelantikannya sebagai Presiden AS bagi penggal kedua.
INNOVATHON 2: BioProtein juara, Raih RM100,000
Berjaya membawa pulang, RM100,000 BioProtein Powder, hasil inovasi Prof Dr. Azizi Ayob dinobatkan sebagai Juara Musim Kedua Innovathon.
“Perbuatan mereka sangat kejam… sukar untuk saya maafkan” - Luahan isteri lelaki OKU dipukul di pasar tani
"Sedih marah,kecewa semua ada bila melihat video yang tular suami saya dipukul tanpa ada belas kasihan dan bagi saya ia sangat keterlaluan."
Apa perhatian utama pelabur Malaysia selepas pertabalan Trump?
Pertabalan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini dijangka memberi kesan besar kepada arah aliran pasaran dunia. Apakah faktor-faktor utama yang akan memberi impak kepada pasaran Malaysia? Diskusi ini akan mengupas peluang yang tersedia untuk pelabur, selari dengan perkembangan ekonomi global.
Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS hari ini
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5020/5095 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5040/5085 pada Jumaat lepas.
Perdana Menteri Sertai WEF 2025: Tumpuan Kepada Keutamaan Global dan Peranan Malaysia dan suara ASEAN
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Bertemakan "Kerjasama Untuk Era Kecerdasan," WEF 2025 membincangkan peranan teknologi dan inovasi dalam menangani cabaran global. Lawatan ini juga menonjolkan kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dengan fokus kepada pertumbuhan ekonomi digital, perdagangan, pelaburan, dan perlindungan alam sekitar. Ketahui agenda utama dan bagaimana Malaysia memainkan peranan strategik di pentas antarabangsa.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - Anwar
Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu mempunyai hak yang sama untuk mengundi dalam pilihan raya, sama seperti mereka yang berada di tanah air, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium, serta bertemu pemimpin Kesatuan Eropah (EU).
LaLiga: Kylian Mbappe penyerang terbaik di dunia - Ancelotti
Carlo Ancelotti gembira dengan persembahan Kylian Mbappe ketika membantu Real Madrid menang 4-1 ke atas Las Palmas, awal pagi tadi.
Pelaksanaan Wilayah Bebas Berniaga perlu dipertimbang semula - Persatuan peniaga
Lambakan penjaja di tempat tidak sepatutnya mengundang risiko dan warga kota kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab ini.