SIBU: Pelamin angan seorang pemuda dari Kuching 'musnah' setelah diperdaya tunangnya yang didakwa isteri orang dan dijanjikan untuk berkahwin pada 10 Nov lepas.
Lebih malang lagi, wanita yang didakwa sudah mempunyai dua anak dikatakan bersubahat dengan bapanya sehingga menyebabkan lelaki berusia 28 tahun itu kerugian kira-kira RM30,000 membabitkan kos keseluruhan persediaan perkahwinan mereka.
Bukan sahaja kecewa, malah lelaki yang bekerja sebagai pekerja luar pesisir itu berkata maruah keluarganya turut tercalar akibat perbuatan wanita yang didakwa anggota badan beruniform bertugas di selatan tanah air.
Berikutan itu, lelaki berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Daro pada 10 Nov lepas dan perkara itu telah disahkan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut perkara berkenaan.
Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook yang tular sejak semalam, seorang lelaki mendakwa mengenali wanita berkenaan sejak 2021 dan melangsungkan pertunangan pada 12 Okt tahun lepas di Kuching.
Menurut lelaki itu, mereka sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah pada 10 Nov (Jumaat) dan majlis persandingan pada 11 Nov di rumah pengantin perempuan di Matu, Mukah.
"Hari yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia untuk aku tetapi jadi mimpi ngeri," dakwanya menerusi hantaran berkenaan.
Pada hari sepatutnya berlangsung akad nikah, dakwanya dia bersama rombongan seramai 22 orang tiba di rumah pengantin perempuan tetapi hairan kerana tiada tanda-tanda persiapan majlis dibuat sebaik tiba di lokasi.
Mangsa kemudiannya cuba menghubungi calon isteri yang berusia 30 tahun dan juga bapanya namun gagal.
"Selepas itu, saya pergi ke rumah jiran sebelah dan rupanya tuan rumah sebelah itu mak saudara si pengantin perempuan. Jadi kami beritahu tujuan datang dan tanya mengenai pengantin perempuan sama ada kenal atau tidak.
"Bertambah geram dan terkejut apabila mereka beritahu nama sebenar dia. Lagi parah perempuan tu dah berkahwin dan ada dua orang anak," dakwanya dalam hantaran berkenaan.
Mangsa turut memuat naik gambar wanita berkenaan dan bapanya di laman Facebook.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023

Lelaki yang bekerja sebagai pekerja luar pesisir itu berkata maruah keluarganya turut tercalar akibat perbuatan wanita itu. - Gambar tular

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang
PIBG MCKK membuat laporan polis terhadap tiga pemilik akaun media sosial berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di laman sosial.

Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi
Foodpanda telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan akan menghubungi penunggang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Reaksi 'geram' Raja Charles III undang perhatian di media sosial
Detik itu dirakam ketika upacara pertabalan Raja Charles III di Istana St. James di sini, pada Sabtu lalu.

Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.

Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras dipenjara enam bulan, denda RM8,000
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara enam bulan serta denda RM8,000 selepas didapati memandu secara melawan arus di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur pada 13 Disember lalu.

Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung itu mendakwa Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Presiden parti.

Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO
"Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu."

"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Kisah ibu tunggal lima anak, Suzanne Anton, 45, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan kepada golongan M40.

Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.

Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya
Personaliti media sosial, Nadira Isaac tampil mohon maaf kepada Pencetus Ummah (PU) Amin dan warga maya susulan perkongsian gambar yang tular baru-baru ini.