KUALA LUMPUR: Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara 2021-2025, wajar diaplikasikan kepada pelbagai industri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri berkata ia adalah selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) seperti pertanian pintar, tenaga boleh baharu, industri halal dan teknologi perubatan.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau menjelaskan, perkara tersebut antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) pada Jumaat.
"Pembangunan produk teknologi nano seperti vaksin, ubat terapi kanser, peranti perubatan, teknologi sensor, baja nano, biojisim, panel solar serta pemanis dan perasa dalam produk halal, mempunyai permintaan tinggi di pasaran global yang akan melonjakkan ekonomi negara," katanya.
Selain itu, Ismail Sabri juga berkata Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara itu juga akan memberi banyak faedah sosioekonomi kepada negara, termasuk mencipta 33,391 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.
Katanya peluang pekerjaan itu merangkumi pekerja berkemahiran tinggi sebanyak 5,968, separuh mahir (24,755) serta kurang mahir sebanyak 2,668 orang, dan industri berkenaan dijangka menyumbang RM151.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam tempoh lima tahun.
Selain itu, Ismail Sabri berkata mesyuarat juga turut membincangkan penawaran modal insan dan permintaan pasaran pekerjaan dalam sektor Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), yang memerlukan penyelesaian secara tuntas untuk meningkatkan daya saing bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.
"Kerajaan memandang serius jumlah pelajar dalam bidang STEM, yang ketika ini adalah pada kadar 47 peratus dan sains tulen sebanyak 19 peratus.
"Minat para pelajar dalam bidang STEM perlu dipertingkatkan dan Kementerian Pendidikan (KPM) diarah menerajui Hala Tuju STEM," katanya.
Mesyuarat berkenaan turut menyentuh tentang kepentingan untuk mengetengahkan STI di peringkat komuniti melalui Inovasi Sosial Malaysia (MyIS), yang merupakan inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Ismail Sabri berkata usaha itu adalah satu langkah yang baik dalam memperkasakan inovasi di peringkat akar umbi, selain inisiatif berkenaan dilihat mampu menganjakkan pengagihan ekonomi yang inklusif kepada semua peringkat pendapatan terutamanya B40 dan M40, dengan memfokuskan kepada pengaplikasian teknologi tempatan.
"Kerajaan menerusi penubuhan Inisiatif 'National Technology and Innovation Sandbox' (NTIS) juga telah mempergiatkan pengkomersialan hasil inovasi tempatan, yang berpaksikan kepada kemampanan sosioekonomi negara," katanya.
Perdana menteri berkata mesyuarat turut bersetuju menambah baik struktur tadbir urus inisiatif NTIS, dengan Jawatankuasa 'Task Force' NTIS diubah nama kepada Jawatankuasa Pemandu NTIS.
Selain itu, Majlis NTIS turut dimansuhkan dan digantikan dengan pelaporan kepada NSC, yang dijadikan sebagai agenda tetap dalam mesyuarat NSC bagi mengurangkan pertindihan dengan majlis sedia ada, memandangkan NSC turut dipengerusikan Perdana Menteri serta Jawatankuasa Task Force NTIS yang baharu diwujudkan, akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI.
Ismail Sabri berkata mesyuarat NSC juga mengambil maklum akan hubung kait antara kesihatan manusia dan alam semula jadi, biodiversiti dan perubahan iklim.
"Pandemik COVID-19 yang merupakan salah satu penyakit zoonotik telah mengakibatkan 6.11 juta kematian di dunia, dan terdapat penyakit-penyakit zoonotik lain seperti denggi dan zika yang juga berpunca daripada status keadaan alam semula jadi yang semakin terancam.
"Bagi memastikan Malaysia selangkah di hadapan dalam menangani isu ini secara holistik, mesyuarat juga bersetuju agar MOSTI menerusi Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama daripada semua pihak berkepentingan untuk menggubal Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN)," katanya.
Ismail Sabri juga berkata mesyuarat NSC yang pertama diadakan tahun ini, telah membincangkan pelbagai usaha kerajaan bagi merakyatkan bidang STI sebagai pemboleh daya kepada pemantapan sosioekonomi negara.
Beliau berkata ia berlandaskan tiga teras utama Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran selari dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Astro Awani
Sat Apr 09 2022

Ismail Sabri juga berkata Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara itu juga akan memberi banyak faedah sosioekonomi kepada negara. - Foto PMO
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara perlu diaplikasi kepada pelbagai industri - PM
Ismail Sabri berkata ia adalah selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) seperti pertanian pintar, tenaga boleh baharu, industri halal dan teknologi perubatan.

Pharmaniaga sedia buat perubahan kepada kilang sedia ada untuk vaksin COVID-19
Kumpulan telah membentangkan kepada Majlis Sains Negara mengenai pelan, kapasiti dan keupayaannya untuk tujuan tersebut.