PUTRAJAYA: Pelan Induk Wakaf Nasional 2025- 2030, yang sedang dirangka Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), dijangka dilancarkan tahun hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata pelan itu yang turut melibatkan gerak kerja di peringkat Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan agensi Persekutuan, bertujuan untuk memperkasakan dan menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran wakaf di negara ini.
"Kita nak selaraskan pentadbiran wakaf di negeri-negeri sebab kita tahu Majlis Agama Islam Negeri-Negeri adalah pemegang tunggal wakaf di negeri masing-masing.
"Jadi dengan adanya pelan induk ini, kita akan dapat menyelaraskan pentadbiran supaya manfaat daripada wakaf ini akan benar-benar dapat menjana ekonomi, sama ada di negeri tersebut ataupun di negara kita," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Sahabat Wakaf Korporat YWM, di sini hari ini.
Beliau berkata di bawah pelan induk itu, YWM akan dijadikan sebagai agensi pusat untuk menyatukan dana wakaf di peringkat agensi Persekutuan, sektor korporat dan perbankan Islam yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
Sementara itu, Mohd Na'im dalam ucapannya berkata instrumen wakaf mempunyai peranan yang sangat ampuh untuk membangunkan ummah.
"Saya berpandangan bahawa pendanaan wakaf secara berterusan amat penting bagi memastikan kelestarian wakaf di Malaysia.
"Bagi tujuan ini, pelaksanaan wakaf ekonomi atau wakaf produktif perlu diambil kira dalam setiap pembangunan wakaf bagi menghasilkan pulangan atau keuntungan, yang kemudiannya digunakan untuk tujuan sosial," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
Mohd Na’im merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Sahabat Wakaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Pelan Induk Wakaf Nasional dilancar tahun hadapan - Mohd Na'im
Pelan Induk Wakaf Nasional 2025- 2030, yang sedang dirangka Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), dijangka dilancarkan tahun hadapan.
Waqaf FELDA mampu bentuk model perniagaan baharu - PM
Waqaf FELDA menyokong pembentukan model perniagaan baharu, menyemai benih keberkatan, menyuburkan kebajikan dan sumbangan kepada komuniti.
Belanjawan 2021: Guru takmir, KAFA, imam antara bakal terima bayaran khas RM500
RM1.4 bilion diperuntukkan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.