KUALA LUMPUR:Kesemua tender di bawah Pelan Gentian Optik Kesalinghubungan Negara Fasa Dua (NFCP 2), telah dibatalkan dan digantikan dengan proses penawaran tender untuk pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), yang bermula hari ini, sehingga 31 Mac 2021.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata, langkah itu diambil memandangkan terdapat perubahan keperluan yang mendadak oleh negara ekoran penularan pandemik COVID-19.
Sebagai contoh, ujarnya lagi, terdapat tender NFCP 2 yang dikhususkan untuk penambahbaikan teknologi 3G, dan tidak menyediakan keperluan infrastruktur yang diperlukan untuk teknologi 5G.
“Pertamanya, melalui NFCP 2, hanya 500 kawasan yang dikenal pasti untuk pemasangan fasiliti rangkaian. Disebabkan penularan COVID-19, perlu ada liputan yang lebih meluas dan ditambah baik. Maka kami telah mengenal pasti keseluruhan 1,661 kawasan.
“Keduanya NFCP 2 masih ada spesifikasi untuk 3G dan 4G, tanpa pemasangan gentian optik yang mandatori. Kami ada menyebut sebelum ini 3G akan ditutup sepenuhnya pada akhir 2021. Jadi, tidak logik kalau masih ada tender untuk teknologi 3G,” katanya kepada sidang media yang diadakan secara maya, pada Jumaat.
Fadhlullah Suhaimi berkata, tanpa pemasangan gentian optik yang ditetapkan, maka kualiti 4G itu tidak akan mencapai sasaran yang ditetapkan, iaitu menyediakan kelajuan sekurang-kurangnya 35 mbps, dan bersedia untuk kelajuan 5G, iaitu 100 mbps ke atas.
Pada 29 Ogos lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jalinan Digital Negara atau JENDELA, yang akan memastikan rangkaian jalur lebar mudah alih 4G meliputi 96.9 kawasan berpenduduk di negara ini.
Perdana Menteri berkata, pelan itu akan dilaksana secara berperingkat antara 2020 hingga 2022, dengan objektif utama untuk menyediakan keperluan berkaitan bagi pelaksanaan teknologi 5G di negara ini.
Mengulas lanjut, Dr Fadhlullah berkata, beliau sedang mengadakan pertemuan secara aktif dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mempercepatkan proses kelulusan bagi pembinaan 1,661 menara baharu.
“Proses ini sedang berterusan, macam di negeri Melaka, saya semalam berkesempatan membentangkan rancangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Melaka telah bersetuju memastikan polisi telekomunikasi akan dilaksanakan dan diinstitusikan. Begitu juga di Johor.
“Saya akan terus pergi ke Kelantan hari Isnin depan. Banyak Kerajaan Negeri sudah mula mengambil perhatian dan memberi bantuan kerana dengan ada polisi setempat di negeri masing masing, ia akan memudahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan projek ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Nov 20 2020

Beberapa tender di bawah NFCP 2 agak ketinggalan, masih ada penawaran untuk penambahbaikan teknologi 3G, serta 4G yang tidak menyeluruh. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pelan JENDELA ganti NFCP 2 untuk persediaan 5G - Pengerusi SKMM
Beberapa tender di bawah NFCP 2 agak ketinggalan, masih ada penawaran untuk penambahbaikan teknologi 3G, serta 4G yang tidak menyeluruh.