LENGGONG: Perak mahu menjadi Koridor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Malaysia menjelang tahun 2030.
Ia juga adalah antara strategi untuk mengurangkan kebanjiran keluar bakat muda dari negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini terdapat lebih 100 buah institusi pendidikan di Perak dengan sekurang-kurangnya 62 darinya menyediakan subjek TVET.
"Kita nak kan orang muda Perak supaya mengambil peluang untuk mereka mendapat ilmu dan kemahiran daripada mana-mana institusi TVET yang menyediakan subjek berkaitan dengan kemahiran TVET ini.
"Ini kerana macam saya katakan tadi menjelang 2030 nanti apabila lebih banyak kilang perusahaan akan datang ke Perak dan lebih banyak peluang pekerjaan sudah tentu mereka akan memberi keutamaan kepada orang yang nempunyai sijil TVET," katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Konvokesyen Program Empower Wilayah Ekonomi Koridor Utara (EmpowerNCER) di Kolej Pengajian Tinggi Mara Lenggong, pada Selasa.
Menurutnya, dengan kemahiran yang dimiliki, peserta juga boleh menceburi bidang perniagaan yang sesuai dengan kemahiran masing-masing.
Pada majlis itu, seramai 400 peserta menerima sijil selepas menjalani pelbagai kursus kemahiran seperti bakeri, kulinari, kimpalan, menjahit dan dandanan.
Setakat ini, kira-kira 2,400 warga Perak telah mengikuti program EmpowerNCER.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Sep 20 2022
Saarani Mohamad menjawab pertanyaan media pada Majlis Konvokesyen Program EmpowerNCER Perak Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA hari ini. --fotoBERNAMA
Zelensky gesa AS, Eropah bersama Ukraine dalam rundingan damai dengan Rusia
Selepas Putin bersuara mengenai rundingan damai, kali ini giliran Zelensky pula berkongsi pandangan yang sama.
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Pelan Sejahtera 2030: Perak mahu jadi koridor TVET Malaysia - Saarani
Perak mahu menjadi Koridor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Malaysia menjelang tahun 2030.