KUALA LUMPUR: Program Penghijauan Rantaian Nilai (GVC) berjaya dilancarkan oleh Kossan Rubber Industries (KOSSAN) bersama dengan rakan kerjasama, Pantas Software (PANTAS) untuk membantu pembekal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam rantaian bekalan mereka.
Program ini bertujuan membantu dan memberi insentif kepada pembekal PKS Kossan untuk mengukur dan mengurus pelepasan karbon mereka melalui penyelesaian perakaunan karbon yang dibangunkan oleh Pantas.
Di samping itu, pembekal juga berpeluang untuk mengakses Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) berjumlah RM2 bilion untuk membiayai modal kerja PKS atau perbelanjaan yang berkaitan dengan amalan rendah karbon pada kadar yang berpatutan.
“Program GVC merupakan situasi menang-menang untuk syarikat dan para pembekal selain dapat memanfaatkan alam sekitar,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kossan, Tan Sri Lim Kuang Sia pada pada Majlis Pelancaran GVC di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, di sini, hari ini.
“Kami (Kossan) komited untuk menjadi syarikat berdaya tahan karbon dan ingin memanjangkan pelaburan Hijau ini kepada rakan kongsi rantaian bekalan strategik di bawah program GVC,” kata beliau.
Kuang Sia berkata walaupun ini langkah penting dalam usaha berterusan mereka untuk menjadi lebih hijau, tetapi ini hanya satu langkah daripada banyak lagi yang akan datang dalam perjalanan kelestarian Kossan.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama Pantas, Max Lee berkata beberapa sesi latihan akan diadakan di seluruh Malaysia di bawah program GVC.
“Pantas telah membangunkan perisian mesra PKS dalam 5 bahasa untuk mereka mengira dan melaporkan pelepasan karbon dan semua ini adalah percuma untuk peserta GVC,” tambah Max Lee.
Program ini sebenarnya adalah inisiatif yang telah dilancarkan sebelum ini oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 9 November sempena Hari Kewangan 2022 di Mesir juga bertujuan memberi insentif kepada pengurusan pelepasan karbon dalam kalangan pembekal Kossan.
BNM dan agensi berkaitan seperti Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) dan Jawatankuasa Bersama Jawatankuasa Kecil Perubahan Iklim 3 (JC3 SC3) Produk dan Inovasi akan menyediakan pelbagai nasihat teknikal dan diagnosis di tapak.
Astro Awani
Tue Mar 07 2023
Majlis Pelancaran GVC 'Pioneering the Alliance for Sustainable Supply Chains in Southeast Asia' di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, hari ini. -Astro AWANI
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Kerajaan Thai digesa runding pembebasan warga tempatan
Kerajaan Thailand digesa untuk segera runding pembebasan warga tempatan yang berada dalam tahanan Hamas.
Pemeriksaan telefon bimbit hanya terhadap individu disyaki, bukan secara rambang - KPN
Polis hanya akan melakukan pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu disyaki dalam sesuatu siasatan kes.
ASEAN tandatangan MoU pelancongan dengan agensi PBB
ASEAN telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) berkenaan pelancongan dengan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menaiktaraf pelancongan di rantau ini.
Perkongsian perisikan penting tingkat keselamatan serantau
Perkongsian perisikan silang antara rakan serantau penting bagi mewujudkan zon penampan selamat di rantau ASEAN.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, langkah awal ini adalah mustahak bagi mengekang kesan konflik terutamanya di Semananjung Gaza, Rusia, Ukraine dan Sudan.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, langkah awal ini adalah mustahak bagi mengekang kesan konflik terutamanya di Semananjung Gaza, Rusia, Ukraine dan Sudan.
Pelancaran program GVC pertama Malaysia untuk bantu PKS
Program ini bertujuan membantu dan memberi insentif kepada pembekal PKS Kossan untuk mengukur dan mengurus pelepasan karbon mereka melalui penyelesaian perakaunan karbon yang dibangunkan oleh Pantas.