Lima pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu bulan lepas akan dihalang daripada meninggalkan Sabah, kata Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini.
Katanya, langkah itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut.
"Laporan polis telah dibuat dan kami percaya lima individu ini masih berada di Sabah dan mungkin sedang cuba untuk tinggalkan Sabah.
"Kami telah meminta bantuan Jabatan Imigresen untuk menghalang lima individu ini daripada meninggalkan Sabah agar polis boleh menahan mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Jalaluddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda sehingga RM400 jika sabit kesalahan.
Lima pelancong dari negara barat itu bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu pada pagi 30 Mei lepas.
Insiden tersebut membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana perlakuan pelancong tersebut yang tidak menghormati adat resam tempatan.
Di Kundasang, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata ramai yang membuat pelbagai spekulasi mengaitkan insiden bogel itu dengan kejadian gempa bumi di Ranau, kira-kira 108km dari sini, pagi tadi.
"Allah lebih mengetahui jawapannya kerana setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini adalah ketentuan dan kehendakNya," kata beliau.
Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku 7.15 pagi ini di Ranau dan gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, pusat gempa itu terletak 16km di barat laut Ranau.
BACA : Gempa: Tiada kematian di Gunung Kinabalu dilaporkan - Polis Sabah
BACA : Gempa 6.0 magnitud landa Ranau, Sabah
BACA : 'Bagai ada tangan gergasi yang menggoncang katil' - warga Sabah
Bernama
Fri Jun 05 2015
![Pelancong bogel di Gunung Kinabalu dihalang tinggalkan Sabah Pelancong bogel di Gunung Kinabalu dihalang tinggalkan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61433492434_295x200.jpg)
Lima pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu bulan lepas akan dihalang daripada meninggalkan Sabah, kata Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini. - Gambar Hiasan
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
Rakyat Gaza luar biasa, harapan pembangunan semula terus subur
Gaza bukan sahaja terus kuat kerana semangat rakyatnya, tetapi juga kerana sokongan yang semakin meningkat diterima dari seluruh dunia.
![Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729809923_VladimirPutin.jpg)
Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan
Pertimbang pendaftaran genom wajib bagi anggota tentera serta orang awam yang terlibat dalam operasi ketenteraan khas.
Hamas bebas tiga tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tebusan Israel pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel
Lebih 30 mangsa hilang tanah runtuh di Sichuan
Lebih 30 individu dilaporkan hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda wilayah Sichuan di barat daya China pada Sabtu. Bencana turut mengakibatkan 10 buah rumah tertimbus di perkampungan Jinping selepas tanah runtuh berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi waktu tempatan.
DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, usaha ini bagi memastikan Kuala Lumpur benar-benar bersedia dari segi kebersihan, keindahan, kesejahteraan bandar, lalu lintas, penguatkuasaan serta penyelenggaraan infrastruktur.
KKM adakan libat urus dapatkan maklum balas tempoh bekerja syif 45 jam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan sesi libat urus di seluruh negara sebelum memuktamadkan keputusan berhubung pelaksanaan tempoh bekerja 45 jam bagi petugas syif termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan dan pemandu ambulans.
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Pemakaian kain sarung yang merupakan budaya terkenal seantero alam Melayu perlu terus diterap semangatnya dalam usaga memperkukuhkan persahabatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721173465_tblelakiditahanAI.jpg)
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
![Mayat lelaki bogel ditemui terapung dalam sungai Mayat lelaki bogel ditemui terapung dalam sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651587961_mayat.jpg)
Mayat lelaki bogel ditemui terapung dalam sungai
Lelaki berkenaan dipercayai berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun dengan identiti belum dikenal pasti.
![Lelaki bogel tersepit dalam dinding berjaya diselamatkan Lelaki bogel tersepit dalam dinding berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636261938_SyracuseFireDepart.jpg)
Lelaki bogel tersepit dalam dinding berjaya diselamatkan
Siasatan awal turut mendapati mangsa terjatuh ke dalam ruangan tersebut dari tandas lelaki.
![Polis Selangor terima 220 laporan kes peras ugut sebar video aksi lucah Polis Selangor terima 220 laporan kes peras ugut sebar video aksi lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620465393_ArjunaidiMohamed.jpg)
Polis Selangor terima 220 laporan kes peras ugut sebar video aksi lucah
Sebanyak 220 kes jenayah pemerasan sebar gambar dan video lucah dilaporkan dalam enam bulan pertama tahun ini.
![Wanita trauma dakwa gambar separuh bogel tersebar di media sosial Wanita trauma dakwa gambar separuh bogel tersebar di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616498825_laporanpolis.jpg)
Wanita trauma dakwa gambar separuh bogel tersebar di media sosial
Mangsa, 43, berkata, gambar itu tersebar sebanyak dua kali semasa sesi Facebook Live pada 12 Februari dan 18 Mac lalu selain di muat naik di saluran YouTube.
![Maafkan kami, kecuaian ini tidak sepatutnya berlaku - penganjur ekspo tatu minta maaf pada rakyat Malaysia Maafkan kami, kecuaian ini tidak sepatutnya berlaku - penganjur ekspo tatu minta maaf pada rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41575364425_TBTATTOO.jpg)
"Maafkan kami, kecuaian ini tidak sepatutnya berlaku" - penganjur ekspo tatu minta maaf pada rakyat Malaysia
Selepas dikritik dan dikecam oleh segenap lapisan masyarakat, penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 tampil memohon maaf.
![Peragaan separuh bogel: Mustahil kerajaan akan luluskan - Menteri Peragaan separuh bogel: Mustahil kerajaan akan luluskan - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81566311333_DatukMohamaddinKet.jpg)
Peragaan separuh bogel: Mustahil kerajaan akan luluskan - Menteri
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementerian iaitu Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) untuk menyiasat perkara tersebut.
!['Orang minyak' berbogel cuba pecah masuk rumah 'Orang minyak' berbogel cuba pecah masuk rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71564626356_TBRAKAMANCCTV.jpg)
'Orang minyak' berbogel cuba pecah masuk rumah
Mangsa telah lihat di bawah dan ternampak kelibat seorang lelaki dalam keadaan berbogel cuba mengumpil tingkap depan rumahnya
![Lelaki tunggang motosikal sambil berbogel ditahan, beri alasan 'hot' Lelaki tunggang motosikal sambil berbogel ditahan, beri alasan 'hot'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561553924_CuacaPanas.jpg)
Lelaki tunggang motosikal sambil berbogel ditahan, beri alasan 'hot'
Polis Jerman menahan seorang lelaki selepas didapati menunggang motosikal dalam keadaan bogel.
![Tan Sri Tony tanggal baju demi... Tan Sri Tony tanggal baju demi...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71556117923_TonyFernandes.jpg)
Tan Sri Tony tanggal baju demi...
Kali ini usahawan terkenal itu bergambar tanpa memakai berbaju dan mempamerkan tubuhnya bak seorang ahli bina badan lalu memuat naik foto berikut di laman Instagram buat tatapan semua pengikutnya.