Kerajaan Sarawak membuat keputusan membenarkan pelancong dari China memasuki negeri ini melalui Lapangan Terbang Miri dan kemudahan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Sungai Tujuh, yang bersempadan dengan Brunei, melalui penggunaan Pas Masuk Khas, berkuat kuasa serta-merta.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata sejajar dengan usaha yang sedang giat dijalankan Sarawak untuk menarik kedatangan lebih banyak pelancong dari China, maka pas masuk ke negeri ini perlu dikeluarkan di semua ICQS untuk kemudahan mereka.
Beliau bagaimanapun berkata, memandangkan Kuching kini merupakan satu-satunya pintu masuk ke Sarawak yang menyediakan kemudahan Visa Semasa Ketibaan untuk pelancong dari China, maka kerajaan negeri memohon kerjasama kerajaan persekutuan supaya membenarkan semua ICQS di negeri ini mengeluarkan pas untuk memasuki Sarawak kerana langkah itu akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan persekutuan.
Menurut beliau, Seksyen 5 Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) memperuntukkan kuasa kepada menteri berkenaan melalui notis dalam Warta Rasmi untuk meluluskan sesuatu laluan dan mengisytiharkan pos kawalan imigresen, lapangan terbang atau pintu masuk, yang beliau fikirkan perlu diberi kemudahan berkenaan.
"Sehubungan itu, Kementerian Pelancongan Sarawak telah menulis kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkaitan perkara ini, tetapi hingga hari ini, belum ada sebarang jawapan.
"Sarawak berpegang teguh dengan pendapatnya bahawa Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Pas Masuk mengikut Bahagian VII Akta Imigresen 1959/63, di bawah perintah Pihak Berkuasa Negeri yang merupakan satu-satunya pihak berkuasa bagi perkara berkaitan kemasukan seseorang atau untuknya tinggal atau menetap di Negeri Sarawak
"Justeru, kami menggunakan kuasa ini untuk membenarkan pelancong memasuki Sarawak melalui Miri (lapangan terbang) dan Sungai Tujuh (ICQS), berdasarkan apa yang kami panggil Pas Masuk Untuk Pelancong," kata Abang Johari, yang juga Menteri Pelancongan Sarawak pada sidang akhbar di pejabat beliau, di sini hari ini.
Beliau berkata langkah itu juga bertujuan memanfaatkan kempen yang dijalankan Brunei bagi menarik lebih banyak kedatangan pelancong dari China dan seterusnya melawat Sarawak.
Katanya, menurut Tourism Malaysia, 1.5 juta pelancong dari China membelanjakan purata RM3,335 setiap seorang dan berdasarkan jumlah itu, mereka membelanjakan kira-kira RM5 bilion antara Januari dan November tahun lepas.
Menjawab pertanyaan pemberita, Abang Johari berkata Sarawak dijangka menyaksikan ketibaan kira-kira 10 penerbangan sewa khas dari China dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini dan berikutan peningkatan permintaan, terdapat kemungkinan ia akan menjadi 'penerbangan sewa khas berjadual' dalam tempoh terdekat. - Bernama
Bernama
Tue Nov 01 2016

Langkah itu juga dikatakan bertujuan memanfaatkan kempen yang dijalankan Brunei bagi menarik lebih banyak kedatangan pelancong dari China dan seterusnya melawat Sarawak. - Gambar fail

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.

Hanya tiga pintu masuk rasmi di sempadan Kelantan-Thailand - Saifuddin Nasution
Pintu masuk rasmi di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan hanya di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor.

TDM tumpas aktiviti seludup lembu bernilai RM85,000 di sempadan
Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan 17 ekor lembu bernilai RM85,000 di sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Lawatan kerja PM ke Sadao antara usaha eratkan lagi hubungan dua hala
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan kerja sehari beliau ke Sadao, di Selatan Thailand adalah antara usaha bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala.

Konflik Palestin-Israel: PM Thailand zahir ucapan terima kasih kepada Malaysia - Anwar
Anwar memaklumkan, Srettha Thavisin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas bantuan menyelamatkan tawanan rakyat negara itu dalam konflik yang berlaku di Gaza.

PM Anwar bertemu PM Thailand di Sadao
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand, Srettha Thavisin.

Seludup diesel: Tiga lelaki warga Thailand didenda
Tiga lelaki warga Thailand didenda selepas masing-masing mengaku bersalah menyeludup keluar diesel bersubsidi dari negara ini ke Thailand di Bukit Kayu Hitam.

Maqis rampas barangan hasil tani dan haiwan disorok dalam beg pakaian
Maqis Melaka berjaya mematahkan cubaan membawa masuk barangan pertanian dan produk hasilan haiwan secara tidak sah dari negara jiran.

Sarawak bincang penerbangan terus Kuching-Pontianak dengan Indonesia
Lee Kim Shin berkata pihaknya akan memulakan perbincangan tersebut dengan pihak Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching tidak lama lagi.

Orang ramai ambil peluang 'makan angin', ziarah keluarga di Thailand
Orang ramai mengambil kesempatan hari pertama kebenaran kenderaan persendirian merentas Malaysia-Thailand bermula hari ini, untuk 'makan angin' dan menziarahi ahli keluarga di negara jiran tersebut.