PORT DICKSON: Peningkatan kemasukan pelancong luar ke negara ini diyakini dapat mengukuhkan nilai mata wang ringgit yang kini agak rendah berbanding dolar AS.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketika ini lebih 200 juta pelancong dari negara China sedang merangka perjalanan mereka ke pelbagai negara.
"Kita harap mereka memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi popular selain Thailand, Singapura dan Indonesia. Kita inginkan pelancong yang ramai kerana ia memberi pendapatan kepada negara termasuklah rakyat yang terlibat dalam sektor pelancongan, hotel, makanan dan minuman serta segala yang berkaitan dengannya.
"Pada masa sama permintaan terhadap ringgit akan menjadi lebih tinggi apabila pelancong ramai datang dan ia memperbaiki prestasi ringgit dibanding dengan dolar AS," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Jeti Penumpang Port Dickson, di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyegerakan proses membantu menyaring barangan penumpang yang tiba di jeti atau lapangan terbang bagi merancakkan lagi sektor ekonomi pelancongan di negara ini.
"Dari segi kecekapan agensi kita, mereka perlu segera menyelesaikan barisan yang panjang di muka hadapan (pintu masuk), saya kira boleh diperbaiki kerana hal lambat di lapangan terbang dan di jeti ini perkara yang berulang.
"Saya kira pada saat kita memerlukan pelancong yang ramai datang ke negara ini, salah satu agensi penting yang melakukan perkara itu adalah Kastam bagi menguruskan ketibaan pelancong dari luar.
"Namun begitu, saya lihat ada penambahbaikan dilakukan antaranya, Kastam menggunakan pendekatan mengumpul barangan dahulu untuk disaring di mesin pengimbas sementara penumpang lain berbaris menunggu giliran di kaunter, ia satu kaedah boleh percepatkan proses barisan," katanya.
Beliau berkata, walaupun pelancong perlu mengikut prosedur tetapi diharapkan tiada halangan teknikal yang menyebabkan mereka terpaksa berbaris panjang sehinggakan mereka mencari negara lain yang lebih cekap.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, bahagian Penguatkuasaan Kastam Negeri Sembilan merekodkan kutipan rampasan serta tangkapan lebih RM800,000 bagi tempoh enam bulan ini.
Katanya, kutipan cukai yang sepatutnya dikutip adalah RM1.04 juta yang melibatkan barangan seperti rokok, minuman keras dan kenderaan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 04 2023
![Pelancong China mampu tingkatkan nilai ringgit - Ahmad Maslan Pelancong China mampu tingkatkan nilai ringgit - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688469663_AhmadMaslan.jpg)
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan (dua, kanan) menyantuni penumpang yang tiba di Jeti Penumpang Port Dickson semasa lawatan rasminya di jeti tersebut hari ini. - Foto BERNAMA
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
![Kerajaan kawal rapi kemasukan pelancong asing - PM Anwar Kerajaan kawal rapi kemasukan pelancong asing - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673017815_NaratifKhas.jpg)
Kerajaan kawal rapi kemasukan pelancong asing - PM Anwar
Anwar menambah, kerajaan juga tidak mengambil kira dari mana pelancong asing itu datang dalam melakukan pemeriksaan ketika memasuki negara.
![Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649177053_TBmasidimanjun.jpg)
Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan
Kabinet Sabah akan menetapkan polisi baharu sebagai persediaan berdepan gelombang atau varian baharu COVID-19 serta menangani kemasukan pelancong China.
![Pelancong warga emas cedera diragut di hadapan KLCC Pelancong warga emas cedera diragut di hadapan KLCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81551607141_PELANCONGRAGUT.jpg)
Pelancong warga emas cedera diragut di hadapan KLCC
Mangsa cedera di kepala dan muka selepas diragut di hadapan KLCC, Jalan Ampang, Jumaat lalu.
![40 pelancong China nyaris rentung di Sabah 40 pelancong China nyaris rentung di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41519008073_basterbakar.jpg)
40 pelancong China nyaris rentung di Sabah
Semua mangsa berjaya menyelamatkan diri termasuk pemandu bas dan dua pemandu pelancong sebaik menyedari berlaku kebakaran.
![Kementerian beri MITA lesen sementara bertutur bahasa Mandarin Kementerian beri MITA lesen sementara bertutur bahasa Mandarin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71447428970_Chinatourist.jpg)
Kementerian beri MITA lesen sementara bertutur bahasa Mandarin
Presiden MITA Uzaidi Udanis berkata oleh kerana China adalah pasaran pelancongan penting bagi Malaysia, beliau berharap langkah itu akan membantu meningkatkan kedatangan pelancong China.