BANGKOK: Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata kementeriannya telah memantau pelan itu sejak dilaksanakan Disember tahun lepas dan mendapati rekod ini amat mengalakkan dengan peningkatan sebanyak 861,000 orang untuk bulan Jan, Feb dan Mac.
"Mengikut rekod pelancong di luar negara ASEAN yang paling ramai masuk ke Malaysia adalah China dan India. Peningkatan pelancongan dari kedua-dua negara itu dijangka akan menjana kepada unjuran nilai sebanyak RM6 bilion bagi semua rangkaian termasuk perhotelan, pengangkutan, restoran dan semua," katanya dalam ucapan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Menteri Dalam Negeri di sini malam tadi.
Beliau berkata pelancongan merupakan sektor yang rancak dan perlu disokong dengan kemudahan-kemudahan yang baik untuk menyambut kehadiran yang ramai.
"Disebabkan itu kita tidak boleh ada kesesakan di pintu sempadan masuk Malaysia dan kita tidak boleh lagi guna kaedah pakai 'stamp' pasport. Kita perlu ada kaedah yang memudahkan pelancong yang ingin memasuki negara dengan cara yang betul dan selamat," katanya.
Beliau berkata KDN sememangnya kini ke arah "face recognition" atau "barcode" bagi memudah dan mengelakkan kesesakkan di pintu sempadan.
"Sekiranya kita boleh selesaikan keadaan di pintu sempadan masuk ke negara khususnya di Tambak Johor dengan Singapura dengan kemasukkan 350,000 "pelancong harian" maka kita boleh menjadi sempadan pintu masuk negara yang kedua paling sibuk di dunia selepas Amerika dengan Mexico," katanya.
Saifuddin berkata adalah menjadi sasaran KDN untuk menyelesaikan keadaan di semua pintu masuk sempadan negara, dan sedang bergerak ke arah memudahkan - bukan lagi kekal dengan cara lama dan mengharapkan hasil lebih baik.
"Di Tambak Johor, kita ada 25 agensi untuk mengawal pintu masuk ke negara berbanding Singapura yang hanya mempunyai satu iaitu ICA (Immigrations and Checkpoints Authority). Jadi kita sedang memikirkan rang undang-undang untuk melahirkan satu agensi yang kita akan panggil sebagai "Malaysia Control Border Proctection Agency" untuk menguruskan kawalan pintu masuk negara," katanya.
Terdahulu Saifuddin yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari di Bangkok, Thailand telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Varawut Silpa-archa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024

Ketibaan pelancong dari China dan India mencatat peningkatan sebanyak 861,000 orang untuk bulan Jan, Feb dan Mac. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.