JOHOR BAHRU: Tourism Johor akan mengadakan pertemuan dengan beberapa hospital pakar dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan kesihatan di negeri itu.
Pengarahnya, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, perancangan dan strategi bagi memberikan perkhidmatan terbaik meliputi segenap aspek dalam sektor itu merupakan antara perkara yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut.
Beliau berkata, ini kerana usaha bagi menambah baik perkhidmatan sektor berkenaan yang antaranya mendapat sambutan dalam kalangan pelancong dari Indonesia, perlu dilakukan secara berterusan.
"Kita mahu menawarkan perkhidmatan bukan setakat (pelancongan kesihatan) di hospital sahaja, ia juga perlu mengambil kira (aspek) penginapan di hotel yang selesa dan berdekatan dengan hospital.
"Selain itu pelancong juga perlu mudah untuk mendapatkan makanan dan perkhidmatan pengangkutan kerana sektor ini perlu memberi limpahan ekonomi yang tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja," katanya pada sidang media selepas melawat restoran Zainals Place, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sambutan terhadap sektor pelancongan kesihatan di Johor.
Mengenai kesan kejatuhan ringgit kepada sektor pelancongan di Johor, beliau berkata, ia akan memberikan impak positif namun usaha mempromosi produk pelancongan perlu dipergiatkan bagi menarik kedatangan pelancong khususnya dari Singapura.
"Kita kena ambil peluang untuk memasarkan produk kita supaya apabila mereka masuk berbelanja ke Johor, perniagaan usahawan tempatan kita dapat ditingkatkan dan dikembangkan seperti restoran Zainals Place ini yang dikunjungi berbilang bangsa termasuk dari Singapura.
"Kita tidak boleh berdiam diri. Walaupun ringgit jatuh usaha perlu dipertingkat supaya pelabur dan pelancong masuk berbelanja di Johor," katanya menambah aliran duit masuk akan menambah baik ekonomi dalam jangka masa panjang. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024

Sharil Nizam berkata, Tourism Johor akan mengadakan pertemuan dengan beberapa hospital pakar dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan kesihatan di negeri itu. - Gambar BERNAMA
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pelancongan kesihatan: Tourism Johor akan adakan pertemuan dengan hospital pakar
Tourism Johor akan mengadakan pertemuan dengan beberapa hospital pakar dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan kesihatan di negeri itu.

Tourism Johor pantau projek pelancongan negeri
Tourism Johor akan memantau semua projek menambah baik infrastruktur pusat pelancongan menerusi peruntukan kerajaan negeri yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan.

Pengecualian visa 30 hari: Pergerakan keluar masuk di Johor perlu lancar
Inisiatif tersebut mampu membantu sasaran kerajaan negeri untuk menarik kehadiran seramai 15 juta pelancong ke Johor sehingga penghujung tahun ini.

Tourism Johor anjur sesi libat urus, bincang pelancaran JTI
Tourism Johor pada Khamis mengadakan satu sesi libat urus dengan industri pelancongan negeri itu dalam usaha merancakkan sektor tersebut.

Muar, Kepulauan Mersing dan Desaru Coast diharap jadi destinasi program gelembung pelancongan
Perbincangan bersama Tourism Johor telah dibuat bagi memohon kerajaan pusat menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mempertimbangkan perkara tersebut.

Sultan Johor sempurnakan pelepasan konvoi Lady Bikers Tourism Ride 2018
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menyempurnakan pelepasan peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi Lady Bikers Tourism Ride '18 di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Nikmat indah taburan pulau bak permata di perairan Mersing
Kunjungan ke beberapa buah permata berharga di perairan Johor khususnya di daerah Mersing membuka mata tentang potensi pelancongan pulau di negeri itu.

Kumpulan penulis pelancongan teroka keindahan pulau-pulau di Johor
Tumpuan program kali ini adalah bagi mempromosi destinasi pelancongan di negeri Johor khususnya di pulau-pulau yang terdapat di daerah Mersing.