LANGKAWI:Sektor pelancongan domestik pulau peranginan bebas cukai yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kini kembali 'bernafas' apabila semakin banyak pesawat melibatkan empat laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), tiba setiap hari.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Ahmad Hezri Adnan berkata jumlah penerbangan yang semakin meningkat itu menambah bilangan pelancong yang tiba seterusnya memberi tempias positif kepada pengusaha pelancongan di pulau ini.
"Semalam, sejumlah 27 penerbangan tiba di LIA, manakala hari ini sebanyak 23 penerbangan lagi masuk membawa pelancong ke pulau ini. Kita juga dimaklumkan tempahan bilik penginapan diterima hotel sekitar pulau ini sangat positif, sekiranya perkembangan ini berterusan, sasaran 250,000 pelancong sepanjang bulan ini dijangka dapat dicapai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut penerbangan sulung AirAsia AK6289 dari Kota Bahru ke Langkawi membawa 96 penumpang yang tiba pada 1.15 tengah hari di LIA, hari ini.
Bernama difahamkan, LIA mula mengendalikan lebih 20 penerbangan masuk sehari sejak Khamis lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan trend tersebut akan berterusan sehingga akhir bulan ini.
Mengulas mengenai laluan Kota Bahru-Langkawi, Hezri berkata AirAsia dijadual akan membuat penerbangan tiga kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu bermula hari ini.
"Penerbangan hari ini mengambil masa satu jam lima minit itu membawa seramai 96 penumpang dari Kota Bahru tiba pada 1.15 tengah hari tadi, manakala penerbangan Langkawi-Kota Bahru membawa 108 penumpang berlepas pada 1.40 tengah hari.
"Jumlah penumpang masuk dan keluar itu sangat baik bagi memastikan laluan penerbangan ini dapat terus dikekalkan. Bagi memastikan perkara tersebut, LADA bersama pemain industri dari Langkawi akan merangka promosi di Kota Bahru melibatkan pemain industri di sana serta badan pelancongan bertanggungjawab pada Januari tahun hadapan," katanya.
Hezri berkata selain penerbangan sulung melibatkan laluan Kota Bahru-Langkawi, AirAsia akan turut membuka laluan Ipoh-Langkawi bermula Rabu depan (23 Dis).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020
Jumlah penerbangan yang semakin meningkat menambah bilangan pelancong yang tiba seterusnya memberi impak positif kepada pengusaha pelancongan. -Gambar fail
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Akibat cuaca sejuk, majlis angkat sumpah Trump dipindah ke lokasi tertutup
Trump arah acara diadakan di Rotunda Capitol Amerika Syarikat seperti dilakukan oleh Ronald Reagan pada 1985 disebabkan cuaca sangat sejuk.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim.
PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing, termasuk empat kanak-kanak, di Kampung Paya Lada, Ketereh.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Kejadian tanah runtuh di Genting Highlands
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada awal pagi Jumaat menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
Serpihan pisau dikeluarkan daripada tulang belakang Saif Ali Khan
Bintang Bollywood, Saif Ali Khan yang cedera akibat diserang dengan pisau semasa cubaan rompakan di rumahnya di Bandra, Mumbai sudah dipindahkan dari unit rawatan rapi (ICU) selepas keadaannya menunjukkan perkembangan positif.
Potensi pelaburan bernilai RM1 bilion
Lawatan kerja pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom (UK) berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.
Perdana Menteri berkata, kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beliau dan delegasi mengadakan beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten-kapten industri terkemuka di UK.
Perdana Menteri berkata, kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beliau dan delegasi mengadakan beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten-kapten industri terkemuka di UK.
Jangan pandang rendah teknologi dan bakat yang ada di Malaysia, kata Anwar
Rakyat Malaysia di luar negara tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air, kata Perdana Menteri.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Menteri Luar ASEAN tiba di Langkawi hadir permukiman di bawah Kepengerusian Malaysia 2025
Menteri Luar dari Asia Tenggara mula tiba di Langkawi untuk Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang dijadualkan bermula pada Sabtu.
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.
Mesyuarat ASEAN platform promosi Langkawi sebagai destinasi pelancongan - LADA
LADA akan lakukan sebaik mungkin bagi memastikan Langkawi terus jadi destinasi pilihan pelancong terutamanya para delegasi ASEAN yang akan hadir.
Langkah segera akan diambil untuk rancakkan industri pelancongan Langkawi - PM Anwar
Langkah segera bakal diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan serta memastikan pemeliharaan biodiversiti di Pulau Langkawi, Kedah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibr
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Terjun laut tinggalkan dadah RM3.55 juta
Dadah bernilai RM3.55 juta yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran ke Pulau Langkawi sebagai destinasi transit, digagalkan polis.
Langkawi bakal diserikan dengan Festival Mahsuri Disember ini
Festival Mahsuri bertujuan menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama untuk pengalaman budaya bertaraf dunia.