Sekumpulan pelanggan di pasar ikan di Pelantar Pendaratan Ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah di sini mengamuk, kerana mendakwa peniaga ikan di situ ‘menipu’ mereka.
Semuanya gara-gara harga ikan kembung yang dijual di pasar itu adalah lebih tinggi daripada apa yang telah ditularkan di laman Facebook.
Keadaan itu menyebabkan hampir 20 peniaga ikan di kawasan itu berada dalam dilema dan tertekan.
Apa yang disebarkan sebelum ini adalah ikan itu dijual dengan harga RM2 sekilogram menyebabkan ada pelanggan yang mendakwa datang jauh, sejauh Perlis untuk membeli ikan itu.
“Apa ni? Mereka kata harga ikan RM2, RM3, dan mereka marah kami. Kami kata kami tidak tahu siapa yang meletakkan harga sebegini,” kata Melati Ladon, salah seorang peniaga ikan di situ.
Seorang lagi peniaga ikan, Khadijah Md Shah berkata ikan itu tidak boleh dijual dengan murah.
“Hendak murah hari-hari tak bolehlah. Ada pasang dia ada surut dia. Kami tidak larat hendak jawab, kita faham mereka hendak harga tiga kilogram RM10.
“Ikut pada bekalanlah, kalau banyak murah. Kalau tidak ada macam biasa ah,” katanya.
Peniaga memberitahu, hanya ikan yang tidak habis dijual semalam atau dua hari lalu dijual pada harga murah iaitu RM10 bagi tiga kilogram.
Seorang lagi peniaga, Sahilan Mustafa berkata kalau hendak ikan yang murah, pelanggan tidak boleh mendapatkan ikan segar.
“Kalau yang murah dapatlah yang tidak segar, kalau yang segar harga RM6, RM5,” katanya.
Tinjauan mendapati, ikan kembung antara yang menjadi pilihan pelanggan kerana dijual pada harga RM5 ke RM6 sekilogram bagi saiz sederhana manakala ikan selar RM5 bagi setiap kilogram.
Harga udang sederhana dijual pada RM30 sekilogram, sotong gred A RM28 sekilogram, sotong saiz sederhana RM25 sekilogram manakala ketam RM25 sekilogram.
Namun, peniaga mendakwa, harga sentiasa berubah bergantung kepada bekalan yang diperolehi nelayan.
Astro Awani
Thu Jul 20 2017

Apa yang disebarkan sebelum ini adalah ikan itu dijual dengan harga RM2 sekilogram menyebabkan ada pelanggan yang mendakwa datang jauh, sejauh Perlis untuk membeli ikan itu. - Foto Astro AWANI
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

60 peratus ikan baja, besarkan mata pukat tunda - Pakar
Jabatan Perikanan disaran menggubal undang-undang berkaitan mata pukat tunda yang menjadi punca pengurangan hasil laut negara ini.

Pelanggan naik angin, ikan kembung RM2 sekilo yang diviralkan rupanya palsu
Pelanggan kedai ikan di Pelantar Pendaratan Ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah mengamuk, kerana menuduh peniaga ikan tersebut 'menipu' mereka.