KUALA LUMPUR:Pelantikan ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang merangkumi pelbagai latar belakang, pengalaman, kelayakan dan kepakaran disifatkan bertepatan selain dilihat mampu memberikan pandangan dengan meletakkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, dengan ketokohan yang dimiliki ahli jawatankuasa itu, sudah pasti mereka mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.
"Mereka ini bukannya calang-calang orang, mereka ada ketokohan dan mempunyai integriti, mereka ini pastinya akan menjunjung tinggi amanah yang diberikan Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).
''Saya percaya dengan amanah yang diletakkan di atas bahu mereka, mereka akan buat satu keputusan berdasarkan tanggungjawab yang diberikan,'' katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Selasa.
Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 selepas diperkenankan Al-Sultan Abdullah.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 itu ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dengan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.
Keanggotaannya pula terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan.
Jawatankuasa itu berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat di Malaysia dan penamatannya
Jeniri berkata setiap ahli jawatankuasa yang dilantik itu akan bersikap profesional dan tidak akan mengetepikan kepentingan rakyat dalam memberi pandangan dan keputusan berhubung isu darurat.
Katanya kumpulan itu pasti tidak akan terjebak dengan permainan politik mana-mana pihak dalam membuat keputusan.
''Saya yakin mereka ini tidak terjebak dengan permainan politik kerana sebarang keputusan akan memberi kesan besar terhadap kedudukan negara, bukan sahaja dari segi politik tetapi juga dari segi ekonomi dan kesihatan untuk jangka panjang,'' katanya.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat jawatankuasa tersebut berperanan sebagai medium semak dan imbang kerana ia bukan sahaja dianggotai individu berpengalaman, malah turut melibatkan anggota kerajaan dan pembangkang.
Menurutnya, jawatankuasa itu perlu dilihat sebagai langkah positif bagi menilai keadaan semasa berkaitan pandemik COVID-19, di samping bertindak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan proklamasi darurat berjalan dengan baik dan berkesan.
Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu turut mampu menyediakan input besar kepada aspek keselamatan dan kesihatan negara, selain memberikan imej lebih baik ke atas pelaksanaan darurat.
"Jawatankuasa ini boleh memberikan cadangan penambahbaikan terhadap apa yang sedang dilaksanakan oleh agensi berwajib untuk menangani pandemik COVID-19 secara konsisten dan berterusan.
''Dalam konteks ini saya percaya semua anggotanya mempunyai tanggungjawab melangkaui kepentingan politik tetapi kepentingan yang bersifat kenegaraan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021

Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir berkata dengan ketokohan yang dimiliki ahli jawatankuasa itu, sudah pasti mereka mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. - Astro AWANI
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.